Wednesday, December 24, 2008

building bridge, reaching hearts..

Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel dakwah Kelas Peradaban Nabawi"Building Bridge, Reaching Hearts" akan diadakan seperti berikut. Oleh yang demikian, kami dari warga penggerak Kelas PeradabanNabawi USM Kubang Kerian ingin menjemput anda semua yang pernah menyertai sekurang-kurangnya fasa I Kelas Peradaban Nabawi, Train theTrainers , Friendly Comparative Religion atau mana-mana kelas perbandingan agama untuk menyertai bengkel ini.
Berikut adalah maklumat mengenai program.
Tarikh : 3 Januari 2009, Sabtu
Masa : 8.30 AM- 5.30 PM
Tempat : DK 7, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang KerianKelantan.
Bayaran : RM 10 ( Yuran+ 2 jamuan ringan + Lunch + Sijil)
Speakers: 1) Bro Engku Ahmad Fauzi, Darul Fitrah& IIS Foundation
2) Bro Mas yuri Mahyiddin, FCR Alumni IIS Foundation.
Objektif Bengkel :
1) Pendedahan tentang teknik dakwah kepada non Muslim (presentation about Islam)
2) Pendedahan tentang teknik berdialog dengan pendakyah agama(Mubaligh Kristian)
3) Menjawab sanggahan Kristian menggunakan kitab mereka.
4) Membincangkan masalah gerakan Kristianisasi dalam kampus
5) Teknik untuk kaunseling Murtad
Tentatif program
Sabtu, 3 Januari 2009
8.30AM-8.45 AM: Pendaftaran peserta
8.45AM-9.45 AM: Slot 1 ceramah (Menyampaikan Islam danMuhammad kepada Non Muslim)9.45AM-10.45 AM: Slot 2 ceramah(Pendekatan Dakwah kepadaNon Muslim-Mubaligh)10.45AM-11.00 AM: Minum pagi
11.00 AM-12.00 AM: Slot 3 Ceramah (Gerakan kristianisasidan Teknik Menghadapi)
12.01 PM-12.45 PM: Kaunseling Murtad
12.45 PM -1.00 PM: Makan tengah hari dan Solat
2.00 PM-3.00PM: Slot 4 Ceramah ( Menjawab SanggahanKristian)
3.00PM- 4.00 PM: Bengkel ( Praktikal Dakwah kepada NonMuslim)
4.00 PM-5.15 PM: Sesi Soal jawab
5.15 PM: Jamuan ringan dan majlispenutup.
*8.30 PM-11.00PM: Sharing Session ( Terpulang pada kelapangan- Tidak wajib)

Jadual ni sah slgi xda perubahan ek..kpada semua rakan2 yg dsayangi..jemput2la datang..sbb kalu bukan kite sape lagi..nnt akan ada announce kat dk lagi..ni just sesaje nak invite khas utk rakan2 saye yg lawat blog ni..k wassalam..

Monday, December 22, 2008

Rinduku pada Nura....


“Terpulanglah, tapi kalau perlu nanti saya pinjam kereta kawan hantar awak.”
“Tak apa bang, mungkin ayah datang ambil kot, biar Salwa pergi telefon ayah dulu,” ujar
Salwa.
Sudah dua hari Salwa berada di rumah ayahnya, Hilmi terasa sunyi, dia terasa kehilangan,
tambahan pula, Syuhadah tiada bersama. Namun apa daya, kalau tak diizinkan Syuhadah
mengikut ‘Ummi’nya pasti merengek saja dia nanti. Hilmi sudah bosan, hendak keluar kereta
masih di bengkel. Selama dua hari Salwa di sana, sekali pun dia tidak menelefon Salwa,
kalau ada pun Salwa sahaja yang menelefonnya. Hilmi menutup suis televisyen dan berlalu ke
atas, dia ingin melelapkan mata di atas.

Sudah dekat sejam dia bergolek ke kiri, ke kanan, nanum matanya tidak jugak mengantuk,
akhirnya dia bangun ke almari, ingin mencari buku-buku cerita untuk dibaca sementara
menunggu matanya mengantuk. Di bukanya pintu almari, dicapai sebuah buku, tidak menarik
minat, disimpan semula, ditarik buku kedua, jugak tidak berkenan. Dia terpandang sebuah
buku, seperti diari. Mungkin Nura punya, tapi bukankah semua barang-barang Nura aku dah
masukkan ke dalam kotak tempohari, kata hatinya. Diselak buku biru itu, sahlah diari, tetapi
bukan Nura punya tetapi Salwa punya. Tertera nama Salwa Hani. Hatinya meronta-ronta ingin
melihat isi kandungan buku itu.
15 May 2001
Aku diijabkabulkan dengan Abang Hilmi, sesungguhnya, aku tak pernah mengenali siapa dia,
namun dari mak aku tahu, dia baru kehilangan isteri, punya anak yang baru berusia beberapa
bulan aku tak pasti. Kesian aku mendengar, tak dapat aku bayangkan kalau aku di tempat
anak kecil itu, hanya merasa belaian ibu selama seminggu sahaja. Aku tak pasti sama ada
aku menerima Abang Hilmi sama ada simpati atau kerana emak, entah yang pastinya aku
yakin takkan emak akan membuat pilihan yang silap. Moga aku bahagia dengan pilihan aku
ini.
Hilmi membuka lagi….
15 June 2001
Genap sebulan kami bernikah, tapi aku sedikit kecewa aku masih lagi seorang dara. Apalah
yang diharapkan oleh seorang isteri dari sebuah perkahwinan? Semestinya aku mengharap
sebuah rumah tangga yang bahagia, dan diberi belaian oleh seorang suami. Tapi tidak bagi
aku, aku tidak merasa semua kenikmatan berumah tangga. Aku kena faham, Abang Hilmi
masih sayangkan arwah isterinya, tapi kini, dia punya aku, kenapa dia tak boleh terima
hakikat ini. Tak apalah, baru sebulan, Insya-Allah aku akan terus berdoa, mudah-mudahan
aku tabah….
Hilmi mula diserang perasaan bersalah… diselak lagi. Helaian demi helaian dibaca..
15 November 2001
Hati aku sedih yang teramat, aku sabar menanti Abang Hilmi pulang, aku dah siapkan baju
untuk pulang ke rumah mak, aku rindu mak, aku rindu adik-adik, aku rindu ayah. Tetapi
Abang Hilmi tak mau balik, tetapi dia izinkan aku balik. Apalah ertinya punya suami tetapi
tidak bersama seroang isteri.. apalah erti aku jadi isteri kalau meninggalkan suami. Tapi
akhirnya bila mak Abang Hilmi marahkan dia suruh balik juga, aku rasa bersalah sangat, aku
rasa aku tak patut ajak dia balik, tetapi Abang Hilmi ikut permintaan mak, dia bawak aku dan
Adah balik, Tuhan saja yang tahu, dua hari di rumah mak aku gembira atas ‘kebahagiaan’
kami walaupun hanya kepuraan sebenarnya.
17 November 2001
Sesuatu yang amat tidak terduga berlaku, kami kemalangan, tapi syukur kepada Ilahi, kami
tidak parah, sekadar luka-luka kecil, cuma Abang Hilmi agak teruk sebab dia terjun semasa
kereta hampir menjunam ke tepi belukar, tapi aku memeluk Adah dan terjun semasa dia cuba
memeperlahankan kenderaan, kami terpelanting tepi jalan, nasib baik berumput tebal. Allah
sering menguji aku, aku cuba menjaga abang Hilmi dengan baik dengan harapan dan doa
semoga terbuka hatinya menerima aku sebagi isterinya, aku betul-betul terluka, aku sedih dan
pilu hanya Tuhan saja yang tahu hati aku, tapi aku kena tabah. Kepada siapa aku hendak
curahkan? Takkan dengan mak? Mana mungkin. Berdosa seorang isteri menceritakan hal
rumah tangganya. Ya, Allah tabahkan hatiku, bukakanlah hati Abang Hilmi menerima
kehadiranku.
Hilmi terpaku, rasa bersalah teramat menyerang hatinya. Dia ingat betapa setianya Salwa
menunggunya saban hari di hospital. Balik rumah, dia hanya tidur di lantai beralaskan tilam
kecil, dia senang lenang tidur di atas katil. Kejamkah aku? Kata hatinya. Tangannya sengal
tak mampu menyuap makanan, tangan Salwa lah yang menyuapkan makanan ke mulutnya.
Hendak ke bilik air, berpapah dia bersusah payah dengan kudrat wanita membawa Hilmi ke
bilik air. Tengah malam Hilmi mengerang kesakitan, Salwa tetap setia berjaga,
menenangkannya, menyapu ubat, membawakan air. Tetapi apa balasan Hilmi terhadap
perempuan bergelar isteri itu. Dia rasa berdosa. Dia tidak patut memperlakukan Salwa
sedemikian. Dia telah membuat keputusan. Dan dia tidak sabar menunggukan Salwa balik.
Salwa pulang dihantar oleh ayahnya, berlari-lari Syuhadah mendapatkan papanya. Hilmi
meggomol anak kecil tu, gembira sekali. Dia memandang Salwa penuh erti. “Pergilah simpan
beg tu dulu Salwa, nanti boleh kita minum sama-sama, mak dah buatkan minum petnag
tadi,"” kata mak Hilmi.
Hilmi terus memandang Salwa tanpa bicara. Dia melihat perempuan yang sungguh murni
hatinya dengan pandangan yang sayu dan rasa bersalah.
Selepas makan malam, Hilmi memanggil Salwa ke atas, dia ingin menyampaikan sesuatu
kepada Salwa. Salwa berdebar-debar. “Kenapa abang panggiil Wa?,” tanya Salwa.
“Salwa, saya ingin berbincang sesuatu mengenai hubungan kita ni, saya bersalah selama ini
kepada awak, saya pentingkan diri sendiri, saya tidak pernah hiraukan awak, saya tidak adil,
saya mengambil awak sebagi isteri, tetapi saya mengabaikan awak. Saya tidak
memperlakukan awak seperti seorang isteri, seperti mana isteri-isteri lain dapat dari seorang
suami. Saya minta maaf, tapi awak kena faham, saya pernah kehilangan insan yang amatamat
saya sayang, sukar hati untuk menerima pengganti Nura, saya berharap awak faham,”
ujar Hilmi.
Dia menarik nafas panjang, dan melepaskan sebuah keluhan kecil. Salwa yang dari tadi
duduk di birai katil hanya mula bersuara. “Tak apa, bang saya faham, abang perlukan masa,
saya faham, kalau saya pun mungkin lebih teruk dari apa yang abang alami, Insya-Allah saya
tidak pernah menyesal atau tersinggung,” ujar Salwa denagn penuh kelembutan. Gadis ini
sentiasa berhati-hati dalam tutur katanya, itulah yang dikagumi Hilmi.
“Tapi saya tidak patut buat begitu, saya kejam namanya, saya tidak boleh berterusan
memperlakukan sedemikian, saya telah berfikir semasak-masaknya, mungkin jalan terbaik,
biarlah saya melepaskan awak kerana saya tidak sanggup untuk mendera perasaan awak
lagi, awak carilah insan lain yang boleh membahagiakan saya. Saya tidak mahu terus berlaku
zalim dan diburu rasa berdosa berpanjangan,” Hilmi meluahkan.
Salwa tenang, matanya bergenang, Hilmi terus diburu rasa bersalah.

Saturday, December 20, 2008

Rinduku pada Nura...



Hilmi rasa bersalah, akhirnya atas permintaan emaknya, dia mengarahkan Salwa mengemas
kain baju, dan mereka bertolak ke rumah mak Salwa. Gembira bukan kepalang kesemua ahli
rumah Salwa menyambut kepulangan Salwa dan ‘cucu’ mereka Syuhadah, riuh rendah suara
adik-adik Salwa berebutkan nak mendokong Syuhadah, maklumlah inilah ‘anak saudara’
pertama mereka.“Dah boleh berjalan dah budak ni, makin comel mukanya, ikut muka arwahnya Nura,” katamak mertua Hilmi. Serta merta air mukanya berubah, teringatkan Nura. Dia mintak izin ke bilikair, sekadar tidak mahu dilihat bersedih.
“Kak, bila lagi kami nak dapat anak saudara baru? Cepatlah kak, Adah ni dah boleh lari dah,
nanti kalau ada adik bolehlah dia berkawan-kawan,” usik adik Salwa. Ditambah pula, oleh
mak Salwa, “betul tu, betul, cepat-cepatlah Wa, nanti cepat aku dapat dua cucu.”
Salwa hanya tersenyum kelat, derita hatinya Tuhan saja yang tahu, 'Bagaimana hendak
berzuriat mak, sedangkan saya ni masih lagi dara mak,' bentak hatinya. Hilmi juga
mendengar, dia merasa bersalah teramat.
Dua hari di rumah Salwa dirasakan bagaikan dua tahun, lambat sungguh masa berlalu, Hilmi
rimas dengan keadaan itu, dia terpaksa berpura-pura bermesra dan bersenda dengan Salwa
demi menjaga nama baiknya, nama baik keluarganya, sedangkan hatinya tetap berduka.
Segala kebahagiaannya hanya bersama Nura. Sebelum pulang sempat jugak mak mertuanya
berpesan supaya, tegurlah Salwa kalau dia bersalah, marahkan dia kalau perlu. Namun Hilmi
tersenyum dan mengangguk, hati berdetik, apalah yang nak ditegur gadis sebaik Salwa,
apalah yang hendak dimarahkan gadis semurni Salwa.
Di dalam kereta, Syuhadah sudah terlentuk di riba Salwa. Hilmi tekun memandu, masingmasing
diam seribu bahasa. Begitulah kehidupan sebenar mereka, bercakap sekiranya perlu.
Salwa termenung mengingatkan alangkah bahagianya kalau Hilmi tidak berpura-pura seperti
mana di rumah ibunya tadi, Hilmi melayan dia seperti tidak ada apa-apa berlaku. Hilmi pula
teringatkan Nura, dia membayangkan alangkah bahagianya sekiranya wanita di sebelahnya
yang sedang meriba Syuhadah ialah Nura Ain.
“Abang, kenapa ni…..,” jerit Salwa tersentak kerana tiba-tiba kereta hilang kawalan.
“Tayar pancit ni, Salwa, buka pintu, terjun-terjun.” Keadaan cemas, tapi masih terkawal.
Hilmi sudah boleh pulang hari ini, lega rasa hati Salwa, kemalangan tempoh hari sungguh
menakutkannya. Tiba-tiba kereta yang dipandu agak laju oleh Hilmi hilang kawalan kerana
salah satu tayar pancit, segera dia memeluk Syuhadah dan melompat semasa Hilmi sedang
cuba memperlahankan kelajuan kereta, mereka terselamat, dia hanya luka ringan, Hilmi pula
luka-luka di muka, luka-luka di badan. Itulah kebesaran Yang Maha Esa, kalau dilihatkan
keadaan kereta teruk jugak, kerana terbabas ke belukar, tapi mujur mereka semua sempat
terjun keluar. Namun luka-luka Hilmi memaksa dia tidak mampu menggenggam tangan
dengan baik, mulut sakit, hendak bangun pun payah.
“Abang, doktor kata petang ni abang dah boleh keluar, nanti saya suruh ayah datang ambil,
saya tak payah baliklah kalau macam tu, tunggu sampai ayah datang ambil yer,” kata Salwa
“Iyer, saya pun malas duduk lama-lama di sini, baguslah kalau dah boleh balik,” ujar Hilmi.
“Ada kurang sikit pagi ni?” Salwa bertanya.
“Bolehler, sikit, tapi jari-jari saya masih sakit lagi ni, terima kasih kerana sudi menjaga saya,”
perlahan Hilmi bersuara.
“Ishh abang ni, kan Salwa ni isteri abang, itukan tanggung jawab saya, walaupun….,” terhenti
katanya.
“Walaupun saya tak pernah layan awak seperti isteri saya, berilah saya masa Salwa, saya
masih tertekan, saya masih mengenangkan arwah isteri saya, itu perasaan saya, saya tidak
boleh menipu diri sendiri,” Hilmi berkata.
“Tak apalah bang, saya faham, Insya-Allah saya faham, saya kagum dengan kasih abang
terhadap kak Nura, bertuah dia, rugi saya tidak pernah mengenalinya insan bertuah itu,” ada
getaran nada suara Salwa.
“Tak, aku yang buta Salwa, dia malang punya suami seperti aku, tetapi aku yang cukup
bertuah kerana punyai suri seperti itu, lupakanlah,” kata Hilmi.
Salwa rasa sejak mereka bernikah, inilah kali pertama mereka berbicara begitu, Salwa
gembira Hilmi ada sedikit perubahan.
Sudah tiga minggu Hilmi tidak berkerja, cuti sakitnya pada awalnya diberi dua minggu,
kemudian ditambah lagi 3 hari, selebihnya dia mengambil cuti tahunan. Sengaja dia ingin
berehat dan menenangkan fikirannya. Hatinya semakin merindui Nura, andai Nura ada,
pastilah dia menjadi insan paling bertuah kerana Nura pastinya sentiasa di sisi. Tetapi apa
kurangnya Salwa, dia jugak setia, istemewa, tabah dan selembut Nura. Hilmi rasa bersalah
pada Salwa, tapi egonya masih utuh, hatinya pada Nura, sebab itulah sehingga kini hampir 7
bulan, Salwa masih seorang dara. Dia tahu berdosa, tapi dia tidak berdaya, dia tidak mampu
untuk memenuhi tuntutan batin yang wajib itu.
“Ya, Allah berikanlah aku kekuatan menempuh ujianMu Ya, Allah,” doa Hilmi dalam hati.
“Assalamualaikum…,” sapa Salwa
“Waalaikumsalam, kenapa ni, cemas saja.”
“Ayah telefon mak jatuh semalam, kaki terseliuh, hari ni dia demam panas, abang izinkan tak
kalau Salwa balik ke rumah sehari dua, kesian ayah dan adik-adik, tiada siapa uruskan
makan minum mereka, tapi kalau abang tak izinkan tak apa Salwa faham,” Salwa meminta
izin.
"Salwa nak balik dengan apa?,” tanya Hilmi
“Mungkin Salwa naik teksi, ataupun Salwa suruh ayah datang jemput, boleh Salwa bawa
Syuhadah sekali?” Salwa bertanya.

Tuesday, December 16, 2008

Rinduku pada Nura....



“Abang, nah ambil ni,” hulur Salwa.
“Bukan yang inilah, tak apalah biar saya ambil sendiri,” kata Hilmi, dan berlalu pergi. “Saya
pergi dulu mak,” kata Hilmi sebelum keluar rumah.
Salwa menghulurkan tangan untuk bersalam tanda hormatkan suami, namun, Hilmi berlalu
dengan selamba. Hatinya sedikit terguris dengan tindakan Hilmi, namun cepat-cepat dia pujuk
hati sendiri. Mak Zaharah kecewa dengan sikap Hilmi, dia kesal, sepatutnya, Hilmi
menghabiskan cuti kahwinnya kali ini untuk bersama-sama Salwa, tetapi dia tak mahu, dia
berkeras hendak keluar bersukan. Sudahlah cadangan dia supaya Hilmi dan Salwa pergi
makan angin ke luar daerah ditolak. Alasan Hilmi ialah, rutin setiap Jumaatnya akan terbatal,
iaitu mengunjungi pusara Nura.
Kini sudah sebulan Salwa dan Hilmi bergelar suami isteri, Syuhadah juga sudah pandai
bermanja dan merengek dengan Salwa. Dia sudah pandai tidur berpeluk dengan Salwa. Mak
Zaharah sungguh gembira, tepatlah pilihan pengganti Nura Ain. Namun Mak Zaharah kesal,
Hilmi masih belum dapat menerima Salwa sepenuh hati, apa yang mampu dibuat berdoa dan
menasihati Hilmi.
“Abang dah balik,” sapa Salwa bila Hilmi sudah tercegat depan pintu rumah, tangan dihulur
untuk menyambut tangan suami untuk dikucup, tetapi seperti biasa Hilmi hanya acuh tak acuh
sahaja.
“Syuhadah….,” panggil Hilmi. Dengan tergesa-gesa anak comel itu merangkak menuju ke
papanya. Hilmi mencium dan menggomol Syuhadah, seolah-olah sudah berbulan ditinggalkan
Syuhadah, sedangkan dia hanya berpisah pagi tadi sahaja.
“Abang, jemput minum,” Salwa mengajak Hilmi minum petang.
“Minumlah dulu, saya nak solat,” jawapan pendek Hilmi sekali lagi mengundang duka Salwa.
Selesai solat Maghrib, Salwa mencapai Quran, dia membaca penuh kusyuk, tanpa tersedar,
air matanya turut mengalir, dadanya sebak, perasaan rendah diri pada Yang Esa, dan
ditambah luka di hati, mengalir bersama juntaian air matanya, Hilmi yang menyedari keadaan
itu, merasa sedikit bersalah. Namun dia hanya mendiamkan diri. Dia terus dengan kerja-
kerjanya menyiapkan pelan bangunan kedai yang baru hendak dimulakan lakarannya. Selesai
mengaji, Salwa turun ke bawah, menyiapkan makan malam, sekali lagi Mak Zaharah
memujuk Salwa.
“Kenapa kamu menangis, Hilmi marahkan kamu,” tanya Mak Zaharah.
“Ehh, tak lah mak, dia tak cakap apa-apa, saya memang begini, kalau mengaji, kadangkadang
kalau dah khusyuk sangat dengan ayat-ayat suci tu, saya sebak sendiri,” Salwa
menjawab.
“Kalau dia ada marahkan kamu, jangan selindung, cerita dengan mak yer.”
Malam itu, Salwa tidur bersama Syuhadah seperti biasa, dan Hilmi masih meneruskan kerjakerjanya.
Dan seperti biasanya, Hilmi akan tidur di atas sofa di dalam biliknya. Salwa selalu
merasa berdosa, tapi apakan daya bukan salahnya, Hilmi yang tidak mahu bersama, sebulan
bernikah, Salwa masih lagi seorang dara. Tak apalah, berilah dia masa, pujuk hatinya.
Syuhadah kini sudah pandai berjalan, lasaknya boleh tahan. Namun Salwa ligat melayan
kerenah anak kecil itu, tidak pernah dia merungut. Mak Zaharah bersyukur, Syuhadah dapat
ibu tiri yang cukup sempurna, lega hatinya keranan boleh menunaikan amanah Nura. Usia
Syuhadah kini hampir mencecah setahun tiga bulan, ini bermakna sudah hampir 6 bulan
Salwa dan Hilmi menjadi suami isteri.
“Hai Salwa, Syuhadah ni dah pun boleh berjalan, mak ucapkan terima kasih kepada kamu
kerana menjaga amanah arwah Nura dengan baik, bertuah Hilmi dan Syuhadah, mak terharu
kamu menjaga anak yatim ni macam anak kamu sendiri,” sebak Mak Zaharah.
“Mak, saya tak pernah anggap dia anak tiri saya, mak, saya anggap dia anak sendiri, keluarga
saya pun dah menganggap dia macam cucu mereka jugak, tambahan pula, rumah saya tu,
tidak ada anak suadara lagi. Lega rasanya,” kata Salwa dan menambah, “Mak saya
bercadang nak ajak abang Hilmi balik rumah saya malam ni, esok kan hari minggu, hari tu,
mak saya ada telefon, dia rindu dengan Syuhadah ni hah, boleh ye mak,”
“Ishh, apa pulak tidak bolehnya, pergilah kamu siap-siap, nanti Hilmi balik, lepas makan
malam kamu baliklah.”
Selepas Hilmi selesai solat maghrib malam itu, Salwa mengajak Hilmi balik ke rumah
maknya. Sedih hatinya bila Hilmi enggan, dia izinkan Salwa balik, dia akan menghantar Salwa
dan Syuhadah, tetapi dia tidak mahu bermalam di sana, alasan, dia perlu siapkan kerja. Luluh
hati Salwa.
“Kalau macam tu, tak payahlah bang, lain kali sajalah,” kata Salwa.
“Eh, kenapa, awak baliklah, saya izinkan,” Hilmi terasa bersalah jugak.
“Buat apa saya balik sendiri, sedangkan saya sudah bersuami, tempat seorang isteri
bukankah di sisi seorang suami, takkan saya nak tinggalkan abang pulak,” ujar Salwa
perlahan.
Hilmi tersentak mendengar kata-kata Salwa, lembut hati perempuan ni, sama macam Nura,
detik hatinya. Dia benar-benar rasa bersalah, tetapi ego mematikan segalanya. “Terpulanglah
kepada awak, jangan kata saya tak kasi,” Hilmi meneruskan kerja-kerjanya. Salwa mengambil
kembali beg yang telah diisi dengan baju-baju dia dan Syuhadah, dan memasukkan kembali
dalam almari.
Mak Zaharah sungguh terkejut dengan tindakan Hilmi, dia merasa Hilmi sudah melampau.
Pagi itu selepas bersarapan, dia bertekad untuk meluahkan kepada Hilmi. “Kenapa kau buat
macam tu Hilmi, kenapa kau tak bawak isteri dan anak kau balik ke rumah mertua kau? Kau
nak malukan mak? Apa orang kata nanti, aku mengawal anak menantu? Hilmi aku ada anak
Hilmi, aku tahu bagaimana perasaan rindukan anak Hilmi, begitu jugak ibunya Salwa, kau
juga ada mak Hilmi, kau tak pernah rindukan mak, Hilmi? Begitulah halnya dengan Salwa,
bawalah dia balik sehari pun jadilah, kesian dia, kesian maknya. Kau kena ingat dia jugak ada
emak, bawalah dia balik, mak merayu pada kau, kalau kau tak kesiankan dia, kau kesiankan
mak, mak tak mau orang kata mak dan anak bukan-bukan, kesiankan mak, bukan jauh
rumah maknya itu, sejam saja perjalanannya, dan bukan orang lain maknya dengan kita,”
mata Mak Zaharah mula bergenang.

Monday, December 15, 2008

nothing important..

Alhamdulillah coz still dberi nikmat..time ni saya nak mperingatkan diri saya sendiri..kebetulan makan tghari td makan dgn 3 org kawan @ ahli study group saya..seorang rakan saya ni (betul kata nadiah, hikmah saya dpt medic usm ni maybe salah satunye dpt mngenali rakan spt beliau) ada bg tazkirah sket..Alhamdulillah nampaknye kata2 die amat meresap kedalam diri saye..time tu maybe rakan2 xprasan saya da stat mdiamkan diri..saya tnya die..pasal masalah saya sbb akhr2 ni saya mcm xterurus sket.. adalah somthing yg saya tnye bkaitan ngan jodoh saya ngan medic..saya kan pernah kate yg kadang2 saya mcm mpersoalkan balik nape saya dpt medic sdgkan saya xnak..mcm agak rugi la kalu bg kat saya..(prasan x saya mcm da mpersoalkan qada n qadar Allah..astaghfirullahalazim)..
sape lah kite utk mpersoalkan qada n qadar Allah sdgkan kite x tau yg sbnornye apa yg da Allah tentukan utk kite tu lebih baik dr ape yg kite nak sbnonye..kite mcm agak xlayak la utk mpersoalkannye..just kite boleh bdoa utk mminta somthing pada Nya tp Dia lebih mngetahui ape yg tbaik wat kite..
inilah jawapannye.. sbnornye jawapan ni da byk kali saya dgo tp entah nape ble beliau yg mnyuarakannye..saya rase mcm amat berbekas pada diri saya..Alhamdulillah..
moga rakan saya ni sentiasa dalan rahmat Nya.. begitu juge ngan rakan2 yg lain..

'Kite hanya merancang tp Allah yg menentukan'...

Rinduku pada Nura....



Selepas pertemuan terakhir dengan Zati, Hilmi langsung tertutup hati untuk menjalinkan
hubungan dengan mana-mana perempuan. Tumpuan sepenuhnya hanya untuk Syuhada dan
kerjayanya sahaja. Betul kata ibunya dia mesti cari pengganti Nura, yang mempunyai hati
seluhur Nura. Arrrghhh.. rindunya abang pada Nura, rindu belaian kasih Nura, rindu masakan
Nura yang disediakan dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Rindu senyuman Nura, tapi
dibayar berjuta ringgit takkan Nura hidup kembali.
“Hilmi, mak nak berbincang dengan kau ni Hilmi,” tegur mak Zaharah.
“Ada apa mak? Cakaplah.”
“Mak kesian sungguh tengok si Syuhadah ni Hilmi, kau ni pun mak tengok dah tak beria
dengan budak pompuan tu dah kan? Mi mak cuma nak bahagiakan kau dan Syuhadah saja,
boleh mak saja yang carikan pengganti Nura tu Hilmi? Mak kesian sangat dengan Syuhadah
ni, kecil-kecil lagi dah tidak beribu,” kata maknya.
“Kenapa mak dah bosan menjaga Syuhadah ker?” Hilmi bertanya.
“Ya, Allah Hilmi, kesitu kau, mak tak kata begitu, tapi kasih aku ni kasih nenek, tidak sama
dengan kasih ibu.”
“Begitu jugak kasih ibu tiri tak sama dengan kasih ibu sejati,” Hilmi membalas.
“Hilmi, kalau kau setuju, mak ada berkenan dengan seorang cikgu tadika ni, Ustazah Salwa,
dia mengajar dekat tadika di surau kita ni, baik budaknya, mak yakin dia mampu menjaga
Syuhadah dengan baik, dengan ilmu agama dan kelembutan yang ada dengannya, lembut
orangnya, mungkin lebih lembut dari Nura,” maknya bercerita.
“Mak!! Tolong jangan bandingkan dengan Nura mak, Nura saya tiada tandingannya, kalau
mak berkenan dengan dia, tolong jangan bandingkan dengan Nura, saya tidak suka, dan
Nura adalah ibu terbaik buat Syuhadah, takkan ada yang akan lebih baik,” Hilmi kecewa.
“Maafkan Mi, mungkin mak berkenan sangat, kau kenallah dia dulu, sebelum buat keputusan,
nanti mak bertanya ibunya.”
“Tak payahlah mak, elok kata mak, eloklah tu, saya ikutkan sahaja, saya malas nak fikir akan
hal ini,” Hilmi berlalu, mengendong Syuhadah dan dibawa ke bilik. “Malam ni dia tidur dengan
saya saja mak,” Hilmi menambah. Di dalam bilik, Hilmi bermain dengan Syuhadah, dia
merasakan bahawa Nura juga berada bersama di tika itu, bermain bersama, Hilmi mencium
Syuhadah seolah mencium Nura, Hilmi membelai Syuhadah, akhirnya dia terlena didalam
belaian papanya. Rindunya Nura pada Abang…
Majlis akad nikah selesai dijalankan, bagi pihak Hilmi, majlis jamuan makan kecil-kecilan
diadakan. Namun bagi keluarga Salwa, ini majlis yang pertama, kenduri diadakan dengan
meriah. Hilmi sungguh hiba terkenangkan Nura. Hilmi tiada rasa gembira, pilu di hati hanya
Ttuhan saja yang tahu.
“Mi, mengapa kau ni, kau mesti gembira, ini hari pernikahan kau,” Zakri menasihatinya.
“Entahlah Zack, aku tak pandai berpura-pura, aku boleh bohong orang lain, tapi tidak untuk
diri sendiri,” Hilmi meluahkan.
“Come on, sekurang-kurangnya kau jagalah hari keluarga mertua kau ni, selama ni pun kau
tak pernah ada mak bapak mertua kan? Inilah pertama kali kau merasa,” Zakri tidak berputus
asa.
Selesai segala majlis, Hilmi terasa amat letih, selepas solat Isya’, dia tertidur. Salwa masih
lagi melayan Syuhadah, sebak dia mengenangkan nasib bayi secomel Syuhadah ditinggalkan
ibu ketika berusia seminggu, apatah lagi dia masih menyusu badan. Sedih sungguh, dia
berazam, meskipun dia bukan ibu kandung Syuhadah, namun itu akan dianggap seperti anak
sendiri, apatah lagi jiwanya yang memang sukakan kanak-kanak.
“Assalamualaikum abang, bangunlah dah subuh,” Salwa mengejutkan Hilmi.
Hilmi berlalu tanpa sebarang suara. Dia terasa asing, terasa asing berkongsi bilik dengan
perempuan lain, dia teringatkan Nura. Alangkah manisnya kalau yang menyambut pagi itu
ialah Nura. Dia terlalu rindukan Nura.
Di meja makan Hilmi diam seribu bahasa, dia rasa terasing. Asing kerana ada perempuan lain
di antara dia dan Syuhadah, dia masih belum dapat menerima kehadiran Salwa lagi. Mak
Zaharah perasan akan hal itu.
“Mak harap kamu sabar banyak dengan perangai Hilmi yer, berikan dia masa, bukan senang
dia nak lupakan Nura, lama-lama nanti oklah tu, kamu sabarlah yer, jangan kecil hati,” pesan
Mak Zaharah semasa Salwa ke dapur menambah nasi lemak.
“Tak apa mak, saya faham, sedangkan seorang kekasih pun susah nak lupakan kekasihnya,
ini tambahan pula, seorang suami, pernah hidup serumah mak, Insya-Allah doakan kami
mak,” Salwa menjawab, mencerminkan kematangan pemikirannya.
“Bertuah Hilmi, bertemu jodoh dengan Salwa, Insya-Allah mak mana tak doakan anak Salwa,”
ujar Mak Zaharah.
“Mak, mana raket badminton saya mak,” jerit Hilmi dari ruang tamu. Dia bercadang untuk
keluar bermain badminton bersama rakan-rakannya.
“Pergi cepat ambilkan raket dia, di atas almari bilik belakang tu,” arah Mak Zaharah. Salwa
patuh arahan itu, segera dia beredar mencari raket yang dipinta. Lalu bergegas dia ke depan
menghulurkan buat suami yang baru sehari bersamanya

Saturday, December 13, 2008

Kehidupan (In-team duet bersama Nazrey Raihan)


Kesenangan yang datang,
Tak akan selamanya,
Begitulah selepas susah ada kesenangan.

Seperti selepas malam,
Datangnya siang,
Oleh itu waktu senang,
Jangan lupa daratan.

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa.

Jangan difikir derita akan berpanjang,
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya,
Kesenangan yang datang selepas kesusahan,
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan.

Rinduku pada Nura.... (Part 2)



Andai angin itu mampu menyampaikan rindu, bertiuplah bayu, sampaikan rindu hati ini…..
Andainya air yang mengalirkan mampu menghanyutkan duka, mengalirkan sungai hanyutkan
duka hati ini… Andainya sekali ombak menghempas pantai mampu merubah pasir,
hempaskan sang ombak sekuat hatimu, ubahlah nasibku ini…. Tapi, aku masih terus begini,
tidak sudikan kau sang bayu, sungai dan ombak menolong diriku…
Hilmi menutup kembali surah Yassin, dan melipat tikar kecil yang dijadikan alas duduknya.
Longlai langkahnya menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan, lantas dia memecut ke
pejabat. Tepat jam 8.50 pagi dia sudah selesai punch card.
“Kau ke kubur lagi Mi?”, sapa Zakri.
“Ha’ah, selagi belum hilang rinduku pada Nura,” balas Hilmi.
“Kau ni, sudahlah tu, binalah hidup baru, aku tak suruh kau lupakan dia, tetapi, yang pergi
biarkan pergi kita yang hidup mesti teruskan hidup, kau jangan ikutkan hati sangat Mi, buruk
padahnya nanti, kau lupa ker, Nura berpesan supaya carikan pengganti untuk Syuhadah tu,
sanggup ke kau lihat budak tak berdosa tu membesar tanpa kasih sayang seorang ibu,
carilah seorang ibu untuk Adah Mi,” Zakri cuba menasihati.
“Entahlah Zack, hati hanya untuk Nura, seluruh kasih sayangku hanya untuk Nura, cuma aku
tak sempat buktikan padanya, aku terkilan sungguh Zack, kenapa aku sia-sia kasih sayang
Nura selama ni Zack? Kenapa aku tak sedar betapa luhur dan sucinya kasih Nura untuk aku?
Kenapa Zack?, 8 tahun aku mengenalinya, hampir 6 tahun aku hidup sembumbung
dengannya takkan aku boleh melupakannya dengan mudah dalam tempoh 10 bulan ini, sukar
Zack, sukar..” Hilmi sebak bila mengenangkan semua itu.
“Mi, sudahlah, aku rasa fikirkan tentang Syuhadah, bukan fikir tentang perkara lepas, tentang
kesilapan kau, tebuslah kesalahan itu dengan membahagiakan buah hati pertama dan
terakhir kau dan Nura,” Zakri jugak agak sebak.
“Doakanlah Mi, doakan semoga aku tabah, dan doakan semoga aku bertemu insan yang
mampu menjaga seorang anak yatim tidak berdosa seperti Adah dengan baik, doakanlah aku
Zack,” pinta Hilmi. Arrghhh rindunya abang pada Nura.
“Insya-Allah, dah le buat ler kerja kau tu,” Zakri kembali menyambung tugasannya.
Syuhadah merangkak menuju ke arah papanya. Hilmi tersenyum riang melihat telatah
Syuhadah yang sungguh manja. Hatinya tersentuh bila mengenangkan anak sekecil itu, tidak
merasa belaian kasih sayang seorang ibu, sebak hatinya mengenangkan, nasib anak kecil itu.
“Hah dah balik kau, tak dengar bunyi kereta pun?” tanya Mak Zaharah.
“Saya tinggalkan di luar mak, nanti lepas maghrib saya nak keluar semula.”
“Kau nak jumpa perempuan tu?,” maknya mula menyangka. Hilmi mengangguk.
“Hilmi, kalau dengan budak tu, kau nak jadikan mak Syuhadah menggantikan Nura, mati
hidup balik mak tak kasi. Biarlah mak saja yang menjaganya. Mak tak sanggup, mak tak yakin
langsung dia boleh menjaga Syuhadah dengan baik, hari tu datang sini, nak menyiang ikan
pun tak mahu, takut kuku patah katanya, itu kau nak jadikan isteri, itu kau nak jadikan mak
Syuhadah? Aku tak sanggup Mi,” maknya meluahkan.
“Entahlah mak, saya pun belum buat apa-apa keputusan,” Hilmi berlalu.
Hilmi melihat jam di tangan, sudah hampir pukul 9.30 malam, lewat lagi Zati nampaknya getus
hatinya. Dia bertekad, lagi lima belas minit kalau dia tak datang, Hilmi akan pulang. Lapan
minit berlalu, tiba-tiba dia nampak kelibat Zati masuk ke dalam restoran itu.
“Sorry Hilmi, I baru balik dari site, kena pergi office dulu, buat report, sorry yek…,” Zati
beralasan.
“Ermmm, lama I tunggu di sini, I dah nak balik pun, kalau iyer pun telefonlah beritahu,” Hilmi
hampir bosan, setiap kali berjumpa Zati mesti lewat.
“Kan I cakap, alasan I kenapa pulak you nak marah I, telefon I habis baterilah, lecehlah you ni
tunggu sekejap pun dah bising,” Zati mengomel.
“Sudahlah, you nak makan apa?,” Hilmi malas bertekak.
“Ermm, actually I dah makan tadi kat site, client belanja, kenyang lagi ni, lagipun takut gemuk,
just mintak fresh orange jer lah,” pinta Zati.
“Huhhh, sejam orang tunggu dia, alih-alih kena makan sorang jugak, baik makan terus jer dari
tadi,” Hilmi mula terasa hati dengan sikap Zati.
“Rilekslah you ni lorat ler,” Zati megeluh.
Zati sibuk berceritakan soal projek dia, projek yang akan menentukan masa depannya, dia
ghairah bercerita mengenai projek dia, Hilmi hanya mendengar sambil menyuap makanan ke
mulut, makanan ditelan terasa seperti menelan pasir saja. Akhirnya Hilmi bersuara.
“Zati, I nak berbincang satu perkara dengan you, please listen.”
“What, ceritalah,” Zati berkata.
“You tahukan, wife I dah meninggal sepuluh bulan yang lepas, dan I punya anak, yang juga
berusia sepuluh bulan, I ingin mulakan hidup baru Zati, sudikah you jadi mother untuk anak I
Zati?” Hilmi bertanya.
“What! Hilmi, apa ni? I belum bersedia hendak berumah tangga lah Hilmi, apatah lagi nak
punya anak, tambahan pulak bukan anak I, ishh apa ni, tak maulah I, kalau I nak kahwin
dengan you pun bukan sekarang mungkin 2 tahun lagi, I baru kerja, I masih perlu baiki
kerjaya I dulu, kalau I kahwin dengan you pun belum tentu I boleh terima anak you Hilmi,
sorrylah,” Zati menerangkan.
Penerangan Zati cukup mengundang dan menambah luka di hati Hilmi. Mereka berpisah
pada malam itu, namun, Hilmi bertekad, pertemuannya dengan Zati malam itu, adalah
pertemuan yang terakhir. Betul kata ibunya, Zati tidak sesuai untuk menjadi ibu Syuhadah.
Bukan Hilmi yang kemaruk hendak berbini, tapi dia memikirkan Syuhada yang perlukan
seorang ibu.

Wednesday, December 10, 2008

Rinduku Pada Nura.....



Abang yang Nura rindui,
Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang.
Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak
harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau
apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita
hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa
Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini
bang.
Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby
kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura
bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat
bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia
hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak
ketentuanNya. Nura tak mampu abang.
Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk
mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha
sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura
sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha
sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura
untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.
Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang
akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa
seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu
menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan
Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada
abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang
tahu yang...
Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindu bang... rindu sangat....
Tuhan saja yang tahu betapa rindunya Nura pada abang. Nura rindukan sentuhan, ciuman
dan pelukan kasih sayang abang. Tapi Nura tak mampu dan tidak berpeluang untuk
mengucapkannya. Nura tidak berpeluang. Nura juga berharap, abang halalkan makan minum
Nura, ampunkan segala dosa-dosa Nura pada abang. Sekali lagi maafkan Nura kerana tidak
mampu menjadi isteri terbaik buat abang, maafkan Nura bang. Sesungguh cinta dan kasih
sayang Nura tetap untuk abang hingga akhir hayat. Terima kasih kerana memberikan
kebahagiaan buat Nura, terima kasih kerana menjadi suami yang baik buat Nura, dan
semoga abang akan jadi papa yang baik pada anak kita.
Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah
Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan
Nura Ain...dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu.....
Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.

Friday, November 28, 2008

Rinduku pada Nura...



"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba
menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di
rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang
kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah," balas Nura. Itulah panggilan manja mereka
sekarang ni.
Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan,
dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat
di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus
dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan
dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat
berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan
berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan
manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.
Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya
apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah
yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja.
Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua
orang tuanya. Hampir satu jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin
risau, setengah jam kemudian doktor keluar.
Hilmi meluru, "Doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak
perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan
Nura Ain." terang doktor.
"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang
keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran
untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala
Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya
tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan
banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium
sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah
kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah
ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan
akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya,
dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.
"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi
menenangkan Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.
"Ya Allah!! Nura kenapa ni?" Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi
menjerit memanggil emaknya di dapur.
"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi," perintah Mak Zaharah.
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak
sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia dijemputNya", terang doktor.
Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.
Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan
menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin
memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah,
bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi
membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan
dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan
mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan
terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap di
dakapan papanya.

Wednesday, November 26, 2008

Pilih semut, labah-labah atau lebah



Semut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja.Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.
Labah-labah. Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga salingmemusnahkan.
Lebah. Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an disebut, marhumnya, "Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16:68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat. Ini dibuktikan dalam salah satu rancangan yang memaparkan kisah-kisah pelik tetapi benar terbitan Amerika Syarikat. Jadi, apakah pilihan saya? Saya memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu. Psikologinya saya ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. Namun, saya tidak mahu mengambil sikap bodohnya. Tahukah anda sembut amat bodoh meskipun amat rajin. Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya, dia akan segera pulang memberitahu rakan-rakannya. Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya sehingga seketul gula itu ditemuinya kembali. Dia dan rakan-rakan akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu habis.Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat.Saya juga akan mengambil sikap labah-labah yang smart itu. Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning.Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya. Samalah juga seperti menulis buku; menulis sekali tapi memunggut hasilnya sepanjang masa.Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat indung lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya. Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas. Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik?Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya." Itulah lebah.

Tuesday, November 25, 2008




assalamualaikum...waduh2x....ape kene la ngan kami arini...susah gle nak study huhuhuhu...cadang arini nak tdo.. xnak la jd cam pg td.. ngantuk gle time exam..slamat la exam 1 jam jer...kalu x, xtau la nak wat pe da...sbnonyer...atas permintaan kawan saya.. die kata wat la macam diari.. jangan la asyk post novel je..tau x, x pasal2 saya dicop jiwang..masalah nyer buat kali x tau ke brape saya da mention yg novel2 ni sume saya dapat dr kawan saya yg kini berada kat UPM n UIA...so.. clear ek...ntah la sbnonye malam ni amat la sejuk..entah la nape sejak masuk USM ni saya sentiasa rasa sejuk semacam...dlu kat KMPP ( my beloved m3x)...xda la camni..suke je duk dalam tmpat yg da air cond. ex pentad. hehehe ( wat sahabat dr kmpp mesti tau kan..kalu nak tau saya suke gle lepak kat sofa depan tu sbb saje nak amk air cond. dsamping jmpe lect huhuhuhu...)..tp satu jerrr yg mjadi masalah nya...saya x suke ttup tngkap wawawawa.. malam2 mane da saye ttup tngkap..xkre la ujan ke x.. saya ttap buka je tngkap tu..wpun banyak nyamuk...tp akhir2 ni saya ttup la sbb da kne tgur dgn kawan saya ni.. ( rasanye yg satu SGD ngan saya tau la...hehehe...)...tp saya ttap la bukak satu drpd 3 tngkap tu kan..oleh itu, kat mane2 je saya g mesti la pke sweater ksyangan ku..( kmpp punyer tu hehehe...)..wpun kekadang tu g nurani saya bawak je tp xpke pun hehehehe...bak kata kawan saya ni.. buat berat tgn jerrr...xkisahlah..apa la sbnonyer yg saya nak cakap ni..
xtau la...ni post men2 je ek.. yg btul2 nyer nnt saya post len kali dlm keadaan tg agk tenang (mean da abh exam la..)..kat sini saya xkan comment ape2 pasal exam... sbb kite hanya merancang tp Allah yg menentukan... wpun agak rasa kecewa la... tp ape nak wat salah diri sendiri gak prepare x lengkap... tp pa pe pun.. bak kata lect td..( saya xtau plak sape sbb saya da ltak kepala time lect tu cakap ni...mengantuk huhuhu..), wpun susah tara mane pun.. exam mesti dtruskan.. ahahahahaha...ha.. cakap pasal exam td huh semangat gle la saya balik blek.. ( ala2x nak jd org first le tu nak masuk blek.) tgk2 kunci plak xbawak kuang2x...hahaha.. roomate pun ape lagi gelak je la...saya sbnonyer balik cepat2 tu sbb sdang mengingat sesuatu yg akhrnyer membuatkan saya malu jerrr... last2x.. sbb malu tu la saya xbleh nak sambung tdo huhuhuhu..ape la..macam lawak plak..tu la ngantuk sangat sampe arahan pun silap dgo....xpe la..benda tu pun x la nyusahakn saya sgt pun....sekadar mencuri masa tdo saya je la...bak kata kawan saya ' ikhlaskan diri kalu wat something'...xingat la ayat die tp ala2x camtu la..
da la.. nampaknyer masa agak mencemburui kite..( bukan mcemburui tu.. tp mngingati saya spy sambung study hehehehe..).. k la da... wassalam...kat sini saya da selitkan gambo2 yg mgambarkan betapa sejuknya saya spanjang di USM hehehe....k la wat student first year merangkap kawan2 saya gak la...InsyaAllah kite sume akn pass wit da flyin' colur..k.. tawakal n usaha lagi sampe ke tititk akhr sbb NO PAI NO GAIN...


wassalam...

Rinduku Pada Nura.....



Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa
Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia
menelefon ke pejabat. Dan telefon
itu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya
Zikri.
"Eh... tak bolehlah... aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,
berdosa tau," tolak Nura.
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa
konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.
"Eh, kenapa pucat semacam ni?" tegur Mak Siti.
Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik".
Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia
lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba
salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku
harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan
aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang
musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah
tangga korang." terang Zikri.
Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan
penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi,
sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.
Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa
ini Nura bertekad untuk bertanya.
"Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan
lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang
tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang
inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan
Nura." janji Hilmi.
Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala
perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.
Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri,
dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan.
Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat," terang doktor pada Hilmi.
"Dua-dua apa maksud doktor?" tanya Hilmi.
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya
tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi
kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan
bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah, Nura mengandung, Ya Allah, berdosanya aku pada Nura," kesal Hilmi. Malu
rasanya untuk menatap muka Nura.
"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?" kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan
berkahwin, Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang
malu." Jelas Nura.
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan
sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak
teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." Janji Hilmi.
Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu membuatkan Nura risau dan akhirnya
pitam di halaman rumah. Mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur
jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.

maafkan saya....

assalamualaikum kawan2...
malam ni saya xbleh nak tdo plak ( ala.. same la mlm2 sblumnye.. slalu pkul 8.00 pg baru stat tdo huhuhu..) maklumla biolgcal clock da gelong huhuhuhu..

kat sini bkan ape.. ttibe saya rasa bersalah kat seorang kawan ni... wpun bukan saya yg terlibat scra directnyer.. tp ini ada kaitan dgn saya... kadang2 kalu da prob yg ada kaitan dgn kawan saya ni, saya akn mnyalahkan dia gak la wpun sket2.. tp saya rase mcm saya da wat satu ksilapan yg agk besar gak la.. sbb stelah dpke2.. apa salah dia n rasenye dia x penah wat ape2 yg salah pun.. cume kekadang sbg manusia biasa prasaan ego agk tinggi kan?? cume tu la.. dlu suka sgt mnyalahkn kawan tu.. skang baru rase bersalah yg amat sgt.. moge2 Allah akn berikn kawan saya ni ketenangan dlm mhadapi ' something yg berkaitan ni'....

kat sini saya just nak peringatkan diri saya terutamanya n kawan2 skali.. jgn suke mnyalahkan orang le.. first2 fke dlu punca n then baru fke apakh ia da relate ngan org yg kite nak salahkn tu..
sbb kadang2 kte xprasan sbnonye kte yg salah... n last2 baru terasa bersalah.. ingat sesal dkemudian hari xda gunenye..

k la kne sambung prepare utk esk ni.. x terasa nak tdo la... hehehe..wpun da dnasihati berkali2.. tp ttap keras kepala huhuhuhu... tp x kisahla asalkan mak saya still x kata x bleh stay up hehehe.. sbb mak saya pun jenis yg suka stay up wpun dia xperlu pun... maybe da secara genetik nye kot terinherite hehehe...

alamak mcm da terkluar tajuk plak.. kalu nak cter fasal famli kan, kne wat post len sbb mmang panjang cter.. n yg penting skali lepas exam huhuhu.. wpun tarikh kat post ni tulis len (sbb xtau nak btulkan huhhu..), sbnonyer ESK LA TARIKH EXAM...EH2X BUKAN ESK TP HARI NI.. xsdar ni nak exam.. masih smpat plak post2 hehehehe..

akhir kata, saya harap kawan2 doakan kawan saya ni dpt ketenangan utk hadapi perkara ni...insyaAllah semuanya akn kembali dlm keadaan yg lebih bagus.. insyaAllah..

P/S : cte ni xda kaitan ngan sape2 sbb saya rase kawan saya ni xkan tau pasal blog saya ni..
so... PRAY TO BE A GREAT MUSLIM....

wassalam.....

Monday, November 24, 2008

Rinduku pada Nura...



"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu,
sebelum Hilmi ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura
ni." Jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti
dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani
Nura. Arrgghh... rindunya Nura pada abang.
Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik
selepas makan dua biji panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin
panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.
Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi
kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala
perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang
amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari. Aargh... rindunya
Nura pada abang.
Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin
diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini
akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.
"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura
tak berpeluang abang." ujar Nura dengan lembut.
"Eh.. dah pandai menjawab," perli Hilmi.
Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta,
belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.
Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus
bertanya.
"Dulu abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan
dada," bantah Hilmi lagi.
"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat
untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak
bukan?" Nura terus bercakap dengan sedu sedan.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."
Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura
makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan,
Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia
kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus
memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh
sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan
bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.
Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pulak makin
teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

KeredhaanMu _ in-team

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku...

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah,
ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah,
redhakanlah kehidupanku

Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

p/s : lagu ni amat bermakna bg saya...agak sdey ble dgar... terutamanye 'jgn Kau palingkan diri ini setelah Kau beri hidayah'... insyaAllah kita sume akn berusaha untk mjaga pemberian Allah yg paling bermakna in ( hidayah Allah)...

Pilih semut, labah-labah atau lebah



Jika anda diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya. Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan. Apakah pilihan anda?Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurangan tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada saya, saya akan menilai sebagaimana berikut:

Sunday, November 23, 2008



"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia
tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih
suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti di situ.
"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" celah Zikri.
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak
akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadangkadang
perasaan aku bertukar sebaliknya," terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkah Zikri.
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan
berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak
mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan
bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi
perbalahan " Jelas Hilmi.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?" kata Zikri tidak berpuas hati dan
menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri
dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah
bising, mereka suruh aku kahwin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak
sanggup," ujar Hilmi.
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalanjalan,
membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau
menjenguk orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir lima bulan mereka tidak menjenguk
mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak
punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua
mertuanya.
Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah
tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu
dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup
banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang
ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke
kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.
Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan
hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya, kasihnya kepada
Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang
istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh...
tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh! Rindunya Nura pada abang.
"So you dah tahu I dah kahwin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah
kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa
mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya,
malah kadang teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus
terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

Kasih Sayang Allah S.W.T...


Seorang lelaki dikenali dengan sangat rajin dalam melakukan ibadah. Sayangnya ia selalu membuatkan orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai dia menemui ajalnya..

Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu dia menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya semasa di dunia.

'Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisiMu?'

'Neraka' jawab Allah.

'Tuhan, lalu dimana balasan dari segala kerajinan ibadahku selama di dunia?' tanya lelaki itu kehairanan.

'Bagaimana boleh. Di dunia, engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih sayang Ku. Maka, hari ini Aku juga akan membuatkan engkau putus asa terhadap kasih sayangKu' jawab Allah...

Thursday, November 20, 2008

Rinduku pada Nura...


Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia
diijabkabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat.
Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan.
Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada,
akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis
sepuas hatinya. Lima tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura
bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.
Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?" tanya Nura lima tahun yang lepas.
"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan
bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura," janji Hilmi.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.
"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin
sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
2
Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh
mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan
untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu
memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas lima tahun, Nura tidak salahkan
Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu
memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk
membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan
tradisional. Arrghh... rindunya Nura pada abang.

Monday, November 17, 2008

Rinduku pada Nura....



"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini
kau." Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan pelan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borakborak,
sedar-sedar dah pukul 2.00, aku balik pun bini aku dah tidur." Balas Hilmi.
"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu
pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?" Zikri cuba
bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti
malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan
aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah," terang Hilmi.
"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan
sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?" usul Zikri.
"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang
sedang direkanya.

Saturday, November 15, 2008

kata2 yg berkesan...


salam kawan2...

ari khamis lepas saye ada usrah kat nurani...

time usrah tu besa lerr...

saya pasti akn tersentuh wpun sket...

mmg hakikatnye diri ni xsempurna kan..

tp saye kuatkan gak diri utk terima wpun pedih.. ape nak wat lagi sbb mmg kte wat salah kan..

bak kata kak long..sebaik2 org ialah org yang tau die wat salah n cube n betulkan...

xpe.. kte x bleh putus asa utk jd da great muslim kan... kte mesti tamak dlm buat ibadat kan2x...


pastu ada la beberapa kata2 yg mmg agak mcm terkene trus la kat diri sendiri..harap2 kata2 ni jd guidance kat saye n rakan2..

maybe pada anda sume ni x beri makna pun tp pada saya amat2...


TERBURU-BURU ITU DARI SYAITAN N BERHATU-HATI ITU DARI ALLAH


yg ni mmg kene btul kat diri sendiri huhuhu... ex pertama.. saya ni wpun xda lesen tp da bawak keta utk 5 tahun ni.. bukan xnak amk lesen tp pak cik2 tu membuat kan saye rase cukup menyampah kalau nak amk.. tp saya harap saya akn smbung la kat klantan.. insyaAllah kalau umur panjang.. harap2 pak cik2 kat ktan ni x mcm kat perak lerr ek..tp bukan sume pakcik camtu.. cume maybe nasib saye time tu kot x brape baek..bak kate sorang kawan ni... Allah xkan bagi ujian tu kalu Allah tau yg kite x bleh tahan dgn ujianNya...eh2 terlencong plak.. camni..saye ni kalu da kaki tu ats pedal myk..mmg ske sgt press hehehe..maybe sbb tu gak kot my mom x bagi saya bawak keta mai sini huhuhu..sdey gak kadang2.. n kadang2 agk protes gakk..tp pke2 blek kalu mak kite suh tu mesti ada sbb kn.. xkan la mak kte sggp suh kite wat somthng yg sia2...so ikut je la... lagipun bayangkanla kalu anda sume ada ank nnt n ank tu ske bawak keta laju2..anda bg ke die bawak keta dtg sini.. fthermore kne lalu jalan kat grik yg agak mcm ULAR tu..agk patut la mak saye suh tu kan... balek ni (1.12) insyaAllah kalu umur panjang saya nak letak kata2 ni kat depan keta..so saya akn ingt slalu.. kan2x.. patut kan saya wat camni...


k la tu yg first..


BEKERJALAH IBARAT KITA AKN HDUP LAMA LAGI N BERIBADAT LA IBARAT INI IBADAT YG LAST BEFORE KTE MATI


kata2 ni agk menusuk ke kalbu gak la..esp nye teringat time nak exam la.. saya ni jenis susah nak tdo...so sye ske la stay up smpe pkul 5 kekadang....trukkan saya sedang kan Allah kata malam adalh mase utk rehat...tp tu xpe la bak kata sorang kawan saye ni ( identiti dirahsiakan...).. pastu ble dah masuk tdo area2 5 bayangkan la saya bgn pukul brapa.. 6.30 tau... sdangkan time tu langit da cerah da...trukkan... lagi..ada satu aritu saya tgh study... area pukul 1 la..pastu kawan baek @ penegur direct saya call...mule2 call okla...after tu die tnya saye ni beria2 nak stop ni knape?? die agk plek la sbb saye slalunye akn cte prob saye kat die n die akan cube nasihat sedirect yg bleh...sbb saye ni jenis yg susah nak faham kalu org cakap lapik2 ni..so pada kawan2 saya kalu ada pape just cakap ngan saya..mmg first2 response saya agk mcm x bleh trima tp insyaAllah saya akn trima nye sbb kwn saya tgur saya tu sbb dia sayngkn sya.. x da gne kalu dia saje2 nak tgur kan.. buat abh air liur je... k2 sambung cte... saya pun cakap la kat kawan saya yg saya x solat isya' lagi... die pun tanya saya.. saya ni study utk dapat kan kjyaan tp sape yg bg kjyaan tu?? time tu saya mmg da terduduk da.. waktu tu saya rase 'Ya Allah.. hamba Mu ni telah mlupakan Mu..' saya trus nangis aftr tu..alangkah jahilnye diri saya ni kan.. bayangkan la tgh2 kte study ni scara tbe2 kte nye nyawa diambl...waktu tu adakah niat kite study ni utk Allah..Nauzubillah.. InsyaAllah niat kite akan ttap pada yg satu iaitu ALLAH..


saya harap kata d atas td tu dapat beri sket kesan kat diri kawan2 yg saya sayangi n esp DIRI ini..


kawan saya slalu pesan..baca doa ni.. YA ALLAH..ISIKANLAH KEKOSONGAN D JIWA INI DGN MENGINGATIMU YA ALLAH... InsyaAllah kte sume akan berjaya di duniai kalu kite mgejar kjyaan di akhrat.. xsalah kan kalu wat 2 in 1...


cukup takat ni ek...PRAY TO BE A MUKMIN,NOT JUST ONLY A MUSLIM..


InsyaAllah... wassalam...

Friday, November 14, 2008

Rinduku Pada Nura


Part 1

Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, “argh.. dia lambat lagi
malam ini.” Akhirnya sofa itu juga menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura.
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup
mengecewakan Nura.
"Arrggh... rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,> abang tak
nak tengok ke apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura
dalam hati.
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu," pinta Nura sambil menuju ke
dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah
suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti disapu jem dan
makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh
dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik
air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.
Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa
belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura," bisik hati kecilnya. Aargghh... rindunya
Nura pada abang. Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang.
Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan
jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia
berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan
amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan
sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang
untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
"Waalaikumsalam, sayang." Nura cuba bermanja sambil menambah, "Abang nak kopi atau
teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada presentation
dan hendak cepat. Mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesagesa
keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang,
Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu
meluncur pergi. Arrghh... rindunya Nura pada abang.

Di saat aku BERISTIKHARAH....


Wahai rakan-rakan sekalian.. disaat aku menyangka tiada manfaatnya cinta sesama manusia... tiada gunanya menyemai cinta... menagih cinta lelaki..tatkala itulah hadirnya si dia... ketika itulah aku temui kemanisan yang ada pada cinta... orang yang mencintai Allah... mengajak aku untuk turut mencintaiNya..sepenuh jiwa... kini kutemui Cinta Agung hanya pada Allah swt... kerana diri si dia pembimbingku... Ikutilah kisah dibawah...kisah hidupku! Di Saat Aku Istikharah....Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah... Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu... yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar!Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!" Ayang tengah makan..Abang dah makan ke"... telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua...!Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda... Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian... hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui... cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku... aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan! Aku juga mahu bunga, teddybear... mahu perfume... dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan.....!Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan... menemani kesepian hatiku yang merayu minta dipiisi segera dengan kasih lelaki....!Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu,menggesa...maka kepadaMu kupohon petunjuk...kembalikan hati ini mengingatiMu...hanya Mu!Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu... aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri... ku keluarkan di telinga kanan!!!Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan... sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si "A" . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju... di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul tersenyum... melihat telatahku!Setelah persetujuan aku dan Si "A" diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si "A"... Aku tidak memiliki handset sendiri... jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara!Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku! Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak... sekadar menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja!"Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari... perbualan telefon antara aku dan si "A", hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal!Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si "A"... aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak mahu bercinta!" aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang perlu hentikannya! Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas... Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut... kulitnya hitam manis... bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku... tempat yang pernah kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikarahku... siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku? Aku tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu...Ya Allah...dimanakah suamiku!Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"... Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! ...Inilah Si"A"... Dia poskan!" kata Nurul... Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti pernah kujumpa sebelum ini... tapi dimana... ingatanku semakin jelas... MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!Wajahnya, janggutnya... cahaya di wajahnya... Ya Allah! Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata aku bukannya bermimpi... "Ya Allah... Dialah jodohku...!Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!"Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih terjalin... masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun...! Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya...kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam... Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya... kini dah jadi koleksi peribadi... yang masih kutatap sehingga ke hari ini...Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku dan ibunya... antara ahli keluargaku dan keluarganya...! Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini... Moga ia kekal selamanya...Adab tidur... makan ... dan segalanya masih kuamalkan...! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu... Tahun pertama, dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku membalasnya dengan sehelai sejadah...Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri Solehah Igauan Suami" ...aku membalasnya dengan senaskah buku agama "Suami Idaman Isteri Solehah"...Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan aku sedang menanti hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu bermakna... malah kupercaya, bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana!Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini... di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki sejati... Ada lagi Cinta yang diredhai Allah.... Walaupun ramai yang meminati si "A" di IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...!Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku... dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..! "Ya Allah...Andai dirinya tercipta untukku... menjadi milikku...Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk agamaku... maka satukanlah kami dunia dan akhirat... Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!"Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga hari ini... doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah ini masih terbina kukuh... masih utuh...Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia Selalu Berikanku... Yang Terbaik!!!




Monday, November 10, 2008

Air mata dimalam pertama...........

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
“ Ana dah jadi isteri!” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.
“ Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. “ Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami. “ Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku. “ Sayang….!” Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku. “ Abang…!” Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “ Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..” Bisikku perlahan. “ Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku. Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami. “ Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana.” Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya. “ Apa dia ayah, mak? Macam penting je.” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka. “ Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.” “ Apa!!!” Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. “ Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?!” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku. “ Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. “ Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana.” Ujar mak setelah sekian lama membisu. “ Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi. “ Ana……!” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa. “ Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.” “ Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. “ Ahhhhgggg……..” Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan. Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. “ Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam. “ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.” “ Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. “ Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. “ Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. “ Abang nak kemana tu?” Soalku. “ Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya. “ Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.” Aku kesian melihatnya, keletihan. “ Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. “ Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja. “ Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. “ Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.” “ Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “ Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. “ Ish…abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. “ Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum. “ Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.” “ Betul ni?” Soal suamiku cepat-cepat. “ Ish…gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. “ Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. “ Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. “ Alaa…….sayang ni.macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku. “ Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea…..!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku. “ Sayang….!” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “ Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. “ Ana ikut aje kemana abang nak bawa.” “ Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya. “ Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “ Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “ Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “ Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?” “ Ish…..abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. “ Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.” “ Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. “ Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi. “ Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil. “ Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. “ Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya. “ Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.” “ Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan perasaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil. “ Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. “ Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “ Habistu apa yang sayang menungkan ni?” “ Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. “ Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku. “ Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut…..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya. “ Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang!” Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. “ Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya. “ Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. “ Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. “ Pasal peminangan tu.” Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. “ Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya. “ Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. “ Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. “ Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. “ Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu. “ Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu. Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. “ Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. “ Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. “ Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya. “ Bang…….” Seruku. “ Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. “Malam ni abang nak…….nak…..” Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya. “ Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum. “ Ah….abang ni.” Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. “ Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu. “ Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku. “ Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya. Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.” Rasulullah bersabda: “ Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.” Rasulullah bersabda: “ Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.” Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.” Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong –menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali. Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. “ Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. “ Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.” Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. “ Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. “ Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. “ Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya. “ Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.” “ Zul sakit ke?” Tanya ayah. “ Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.” Jawabnya. “ Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak. “ Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. “ Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk. “ Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam. “ Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.” “ Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.” “ Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.” “ Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.” Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. “ Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. “ Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea!” “ Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan. “ Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku. “ Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku. Amin…..

karya...
(undisclosed) bkn kami punyer tau....
sajer nak kongsi cerpenn..