Saturday, December 20, 2008

Rinduku pada Nura...



Hilmi rasa bersalah, akhirnya atas permintaan emaknya, dia mengarahkan Salwa mengemas
kain baju, dan mereka bertolak ke rumah mak Salwa. Gembira bukan kepalang kesemua ahli
rumah Salwa menyambut kepulangan Salwa dan ‘cucu’ mereka Syuhadah, riuh rendah suara
adik-adik Salwa berebutkan nak mendokong Syuhadah, maklumlah inilah ‘anak saudara’
pertama mereka.“Dah boleh berjalan dah budak ni, makin comel mukanya, ikut muka arwahnya Nura,” katamak mertua Hilmi. Serta merta air mukanya berubah, teringatkan Nura. Dia mintak izin ke bilikair, sekadar tidak mahu dilihat bersedih.
“Kak, bila lagi kami nak dapat anak saudara baru? Cepatlah kak, Adah ni dah boleh lari dah,
nanti kalau ada adik bolehlah dia berkawan-kawan,” usik adik Salwa. Ditambah pula, oleh
mak Salwa, “betul tu, betul, cepat-cepatlah Wa, nanti cepat aku dapat dua cucu.”
Salwa hanya tersenyum kelat, derita hatinya Tuhan saja yang tahu, 'Bagaimana hendak
berzuriat mak, sedangkan saya ni masih lagi dara mak,' bentak hatinya. Hilmi juga
mendengar, dia merasa bersalah teramat.
Dua hari di rumah Salwa dirasakan bagaikan dua tahun, lambat sungguh masa berlalu, Hilmi
rimas dengan keadaan itu, dia terpaksa berpura-pura bermesra dan bersenda dengan Salwa
demi menjaga nama baiknya, nama baik keluarganya, sedangkan hatinya tetap berduka.
Segala kebahagiaannya hanya bersama Nura. Sebelum pulang sempat jugak mak mertuanya
berpesan supaya, tegurlah Salwa kalau dia bersalah, marahkan dia kalau perlu. Namun Hilmi
tersenyum dan mengangguk, hati berdetik, apalah yang nak ditegur gadis sebaik Salwa,
apalah yang hendak dimarahkan gadis semurni Salwa.
Di dalam kereta, Syuhadah sudah terlentuk di riba Salwa. Hilmi tekun memandu, masingmasing
diam seribu bahasa. Begitulah kehidupan sebenar mereka, bercakap sekiranya perlu.
Salwa termenung mengingatkan alangkah bahagianya kalau Hilmi tidak berpura-pura seperti
mana di rumah ibunya tadi, Hilmi melayan dia seperti tidak ada apa-apa berlaku. Hilmi pula
teringatkan Nura, dia membayangkan alangkah bahagianya sekiranya wanita di sebelahnya
yang sedang meriba Syuhadah ialah Nura Ain.
“Abang, kenapa ni…..,” jerit Salwa tersentak kerana tiba-tiba kereta hilang kawalan.
“Tayar pancit ni, Salwa, buka pintu, terjun-terjun.” Keadaan cemas, tapi masih terkawal.
Hilmi sudah boleh pulang hari ini, lega rasa hati Salwa, kemalangan tempoh hari sungguh
menakutkannya. Tiba-tiba kereta yang dipandu agak laju oleh Hilmi hilang kawalan kerana
salah satu tayar pancit, segera dia memeluk Syuhadah dan melompat semasa Hilmi sedang
cuba memperlahankan kelajuan kereta, mereka terselamat, dia hanya luka ringan, Hilmi pula
luka-luka di muka, luka-luka di badan. Itulah kebesaran Yang Maha Esa, kalau dilihatkan
keadaan kereta teruk jugak, kerana terbabas ke belukar, tapi mujur mereka semua sempat
terjun keluar. Namun luka-luka Hilmi memaksa dia tidak mampu menggenggam tangan
dengan baik, mulut sakit, hendak bangun pun payah.
“Abang, doktor kata petang ni abang dah boleh keluar, nanti saya suruh ayah datang ambil,
saya tak payah baliklah kalau macam tu, tunggu sampai ayah datang ambil yer,” kata Salwa
“Iyer, saya pun malas duduk lama-lama di sini, baguslah kalau dah boleh balik,” ujar Hilmi.
“Ada kurang sikit pagi ni?” Salwa bertanya.
“Bolehler, sikit, tapi jari-jari saya masih sakit lagi ni, terima kasih kerana sudi menjaga saya,”
perlahan Hilmi bersuara.
“Ishh abang ni, kan Salwa ni isteri abang, itukan tanggung jawab saya, walaupun….,” terhenti
katanya.
“Walaupun saya tak pernah layan awak seperti isteri saya, berilah saya masa Salwa, saya
masih tertekan, saya masih mengenangkan arwah isteri saya, itu perasaan saya, saya tidak
boleh menipu diri sendiri,” Hilmi berkata.
“Tak apalah bang, saya faham, Insya-Allah saya faham, saya kagum dengan kasih abang
terhadap kak Nura, bertuah dia, rugi saya tidak pernah mengenalinya insan bertuah itu,” ada
getaran nada suara Salwa.
“Tak, aku yang buta Salwa, dia malang punya suami seperti aku, tetapi aku yang cukup
bertuah kerana punyai suri seperti itu, lupakanlah,” kata Hilmi.
Salwa rasa sejak mereka bernikah, inilah kali pertama mereka berbicara begitu, Salwa
gembira Hilmi ada sedikit perubahan.
Sudah tiga minggu Hilmi tidak berkerja, cuti sakitnya pada awalnya diberi dua minggu,
kemudian ditambah lagi 3 hari, selebihnya dia mengambil cuti tahunan. Sengaja dia ingin
berehat dan menenangkan fikirannya. Hatinya semakin merindui Nura, andai Nura ada,
pastilah dia menjadi insan paling bertuah kerana Nura pastinya sentiasa di sisi. Tetapi apa
kurangnya Salwa, dia jugak setia, istemewa, tabah dan selembut Nura. Hilmi rasa bersalah
pada Salwa, tapi egonya masih utuh, hatinya pada Nura, sebab itulah sehingga kini hampir 7
bulan, Salwa masih seorang dara. Dia tahu berdosa, tapi dia tidak berdaya, dia tidak mampu
untuk memenuhi tuntutan batin yang wajib itu.
“Ya, Allah berikanlah aku kekuatan menempuh ujianMu Ya, Allah,” doa Hilmi dalam hati.
“Assalamualaikum…,” sapa Salwa
“Waalaikumsalam, kenapa ni, cemas saja.”
“Ayah telefon mak jatuh semalam, kaki terseliuh, hari ni dia demam panas, abang izinkan tak
kalau Salwa balik ke rumah sehari dua, kesian ayah dan adik-adik, tiada siapa uruskan
makan minum mereka, tapi kalau abang tak izinkan tak apa Salwa faham,” Salwa meminta
izin.
"Salwa nak balik dengan apa?,” tanya Hilmi
“Mungkin Salwa naik teksi, ataupun Salwa suruh ayah datang jemput, boleh Salwa bawa
Syuhadah sekali?” Salwa bertanya.

2 comments:

Mizah said...

aik??igt abeh dah cite nih..huhu

phill said...

camne g???
kami pun da nek borink post hahaaha..
tp syok la hehehehe..
sbb dr watak nura tukar plak watak salwa kan..