Friday, November 14, 2008

Rinduku Pada Nura


Part 1

Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, “argh.. dia lambat lagi
malam ini.” Akhirnya sofa itu juga menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura.
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup
mengecewakan Nura.
"Arrggh... rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,> abang tak
nak tengok ke apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura
dalam hati.
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu," pinta Nura sambil menuju ke
dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah
suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti disapu jem dan
makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh
dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik
air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.
Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa
belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura," bisik hati kecilnya. Aargghh... rindunya
Nura pada abang. Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang.
Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan
jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia
berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan
amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan
sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang
untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
"Waalaikumsalam, sayang." Nura cuba bermanja sambil menambah, "Abang nak kopi atau
teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada presentation
dan hendak cepat. Mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesagesa
keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang,
Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu
meluncur pergi. Arrghh... rindunya Nura pada abang.

3 comments:

phill said...

mimi.. kami post kan ni khas utk ang hehehe...

R@FfLe$iA said...

hehe..ye ke..abeh bce bru nmpk komen nih..haha..thanx..t'haru kami pas tau ntok kami..tp mcm ade smbungan je cte nih..ade x??

phill said...

a'ah memang da...
nnt kami poskan lagi...
kami tau ko nak amk pengalaman kan...
heheehe..
men2 je...
thanx cos sudi bace...