Monday, November 24, 2008

Rinduku pada Nura...



"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu,
sebelum Hilmi ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura
ni." Jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti
dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani
Nura. Arrgghh... rindunya Nura pada abang.
Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik
selepas makan dua biji panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin
panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.
Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi
kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala
perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang
amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari. Aargh... rindunya
Nura pada abang.
Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin
diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini
akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.
"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura
tak berpeluang abang." ujar Nura dengan lembut.
"Eh.. dah pandai menjawab," perli Hilmi.
Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta,
belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.
Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus
bertanya.
"Dulu abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan
dada," bantah Hilmi lagi.
"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat
untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak
bukan?" Nura terus bercakap dengan sedu sedan.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."
Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura
makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan,
Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia
kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus
memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh
sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan
bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.
Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pulak makin
teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

No comments: