Saturday, December 13, 2008

Rinduku pada Nura.... (Part 2)



Andai angin itu mampu menyampaikan rindu, bertiuplah bayu, sampaikan rindu hati ini…..
Andainya air yang mengalirkan mampu menghanyutkan duka, mengalirkan sungai hanyutkan
duka hati ini… Andainya sekali ombak menghempas pantai mampu merubah pasir,
hempaskan sang ombak sekuat hatimu, ubahlah nasibku ini…. Tapi, aku masih terus begini,
tidak sudikan kau sang bayu, sungai dan ombak menolong diriku…
Hilmi menutup kembali surah Yassin, dan melipat tikar kecil yang dijadikan alas duduknya.
Longlai langkahnya menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan, lantas dia memecut ke
pejabat. Tepat jam 8.50 pagi dia sudah selesai punch card.
“Kau ke kubur lagi Mi?”, sapa Zakri.
“Ha’ah, selagi belum hilang rinduku pada Nura,” balas Hilmi.
“Kau ni, sudahlah tu, binalah hidup baru, aku tak suruh kau lupakan dia, tetapi, yang pergi
biarkan pergi kita yang hidup mesti teruskan hidup, kau jangan ikutkan hati sangat Mi, buruk
padahnya nanti, kau lupa ker, Nura berpesan supaya carikan pengganti untuk Syuhadah tu,
sanggup ke kau lihat budak tak berdosa tu membesar tanpa kasih sayang seorang ibu,
carilah seorang ibu untuk Adah Mi,” Zakri cuba menasihati.
“Entahlah Zack, hati hanya untuk Nura, seluruh kasih sayangku hanya untuk Nura, cuma aku
tak sempat buktikan padanya, aku terkilan sungguh Zack, kenapa aku sia-sia kasih sayang
Nura selama ni Zack? Kenapa aku tak sedar betapa luhur dan sucinya kasih Nura untuk aku?
Kenapa Zack?, 8 tahun aku mengenalinya, hampir 6 tahun aku hidup sembumbung
dengannya takkan aku boleh melupakannya dengan mudah dalam tempoh 10 bulan ini, sukar
Zack, sukar..” Hilmi sebak bila mengenangkan semua itu.
“Mi, sudahlah, aku rasa fikirkan tentang Syuhadah, bukan fikir tentang perkara lepas, tentang
kesilapan kau, tebuslah kesalahan itu dengan membahagiakan buah hati pertama dan
terakhir kau dan Nura,” Zakri jugak agak sebak.
“Doakanlah Mi, doakan semoga aku tabah, dan doakan semoga aku bertemu insan yang
mampu menjaga seorang anak yatim tidak berdosa seperti Adah dengan baik, doakanlah aku
Zack,” pinta Hilmi. Arrghhh rindunya abang pada Nura.
“Insya-Allah, dah le buat ler kerja kau tu,” Zakri kembali menyambung tugasannya.
Syuhadah merangkak menuju ke arah papanya. Hilmi tersenyum riang melihat telatah
Syuhadah yang sungguh manja. Hatinya tersentuh bila mengenangkan anak sekecil itu, tidak
merasa belaian kasih sayang seorang ibu, sebak hatinya mengenangkan, nasib anak kecil itu.
“Hah dah balik kau, tak dengar bunyi kereta pun?” tanya Mak Zaharah.
“Saya tinggalkan di luar mak, nanti lepas maghrib saya nak keluar semula.”
“Kau nak jumpa perempuan tu?,” maknya mula menyangka. Hilmi mengangguk.
“Hilmi, kalau dengan budak tu, kau nak jadikan mak Syuhadah menggantikan Nura, mati
hidup balik mak tak kasi. Biarlah mak saja yang menjaganya. Mak tak sanggup, mak tak yakin
langsung dia boleh menjaga Syuhadah dengan baik, hari tu datang sini, nak menyiang ikan
pun tak mahu, takut kuku patah katanya, itu kau nak jadikan isteri, itu kau nak jadikan mak
Syuhadah? Aku tak sanggup Mi,” maknya meluahkan.
“Entahlah mak, saya pun belum buat apa-apa keputusan,” Hilmi berlalu.
Hilmi melihat jam di tangan, sudah hampir pukul 9.30 malam, lewat lagi Zati nampaknya getus
hatinya. Dia bertekad, lagi lima belas minit kalau dia tak datang, Hilmi akan pulang. Lapan
minit berlalu, tiba-tiba dia nampak kelibat Zati masuk ke dalam restoran itu.
“Sorry Hilmi, I baru balik dari site, kena pergi office dulu, buat report, sorry yek…,” Zati
beralasan.
“Ermmm, lama I tunggu di sini, I dah nak balik pun, kalau iyer pun telefonlah beritahu,” Hilmi
hampir bosan, setiap kali berjumpa Zati mesti lewat.
“Kan I cakap, alasan I kenapa pulak you nak marah I, telefon I habis baterilah, lecehlah you ni
tunggu sekejap pun dah bising,” Zati mengomel.
“Sudahlah, you nak makan apa?,” Hilmi malas bertekak.
“Ermm, actually I dah makan tadi kat site, client belanja, kenyang lagi ni, lagipun takut gemuk,
just mintak fresh orange jer lah,” pinta Zati.
“Huhhh, sejam orang tunggu dia, alih-alih kena makan sorang jugak, baik makan terus jer dari
tadi,” Hilmi mula terasa hati dengan sikap Zati.
“Rilekslah you ni lorat ler,” Zati megeluh.
Zati sibuk berceritakan soal projek dia, projek yang akan menentukan masa depannya, dia
ghairah bercerita mengenai projek dia, Hilmi hanya mendengar sambil menyuap makanan ke
mulut, makanan ditelan terasa seperti menelan pasir saja. Akhirnya Hilmi bersuara.
“Zati, I nak berbincang satu perkara dengan you, please listen.”
“What, ceritalah,” Zati berkata.
“You tahukan, wife I dah meninggal sepuluh bulan yang lepas, dan I punya anak, yang juga
berusia sepuluh bulan, I ingin mulakan hidup baru Zati, sudikah you jadi mother untuk anak I
Zati?” Hilmi bertanya.
“What! Hilmi, apa ni? I belum bersedia hendak berumah tangga lah Hilmi, apatah lagi nak
punya anak, tambahan pulak bukan anak I, ishh apa ni, tak maulah I, kalau I nak kahwin
dengan you pun bukan sekarang mungkin 2 tahun lagi, I baru kerja, I masih perlu baiki
kerjaya I dulu, kalau I kahwin dengan you pun belum tentu I boleh terima anak you Hilmi,
sorrylah,” Zati menerangkan.
Penerangan Zati cukup mengundang dan menambah luka di hati Hilmi. Mereka berpisah
pada malam itu, namun, Hilmi bertekad, pertemuannya dengan Zati malam itu, adalah
pertemuan yang terakhir. Betul kata ibunya, Zati tidak sesuai untuk menjadi ibu Syuhadah.
Bukan Hilmi yang kemaruk hendak berbini, tapi dia memikirkan Syuhada yang perlukan
seorang ibu.

No comments: