Wednesday, December 24, 2008

building bridge, reaching hearts..

Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel dakwah Kelas Peradaban Nabawi"Building Bridge, Reaching Hearts" akan diadakan seperti berikut. Oleh yang demikian, kami dari warga penggerak Kelas PeradabanNabawi USM Kubang Kerian ingin menjemput anda semua yang pernah menyertai sekurang-kurangnya fasa I Kelas Peradaban Nabawi, Train theTrainers , Friendly Comparative Religion atau mana-mana kelas perbandingan agama untuk menyertai bengkel ini.
Berikut adalah maklumat mengenai program.
Tarikh : 3 Januari 2009, Sabtu
Masa : 8.30 AM- 5.30 PM
Tempat : DK 7, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang KerianKelantan.
Bayaran : RM 10 ( Yuran+ 2 jamuan ringan + Lunch + Sijil)
Speakers: 1) Bro Engku Ahmad Fauzi, Darul Fitrah& IIS Foundation
2) Bro Mas yuri Mahyiddin, FCR Alumni IIS Foundation.
Objektif Bengkel :
1) Pendedahan tentang teknik dakwah kepada non Muslim (presentation about Islam)
2) Pendedahan tentang teknik berdialog dengan pendakyah agama(Mubaligh Kristian)
3) Menjawab sanggahan Kristian menggunakan kitab mereka.
4) Membincangkan masalah gerakan Kristianisasi dalam kampus
5) Teknik untuk kaunseling Murtad
Tentatif program
Sabtu, 3 Januari 2009
8.30AM-8.45 AM: Pendaftaran peserta
8.45AM-9.45 AM: Slot 1 ceramah (Menyampaikan Islam danMuhammad kepada Non Muslim)9.45AM-10.45 AM: Slot 2 ceramah(Pendekatan Dakwah kepadaNon Muslim-Mubaligh)10.45AM-11.00 AM: Minum pagi
11.00 AM-12.00 AM: Slot 3 Ceramah (Gerakan kristianisasidan Teknik Menghadapi)
12.01 PM-12.45 PM: Kaunseling Murtad
12.45 PM -1.00 PM: Makan tengah hari dan Solat
2.00 PM-3.00PM: Slot 4 Ceramah ( Menjawab SanggahanKristian)
3.00PM- 4.00 PM: Bengkel ( Praktikal Dakwah kepada NonMuslim)
4.00 PM-5.15 PM: Sesi Soal jawab
5.15 PM: Jamuan ringan dan majlispenutup.
*8.30 PM-11.00PM: Sharing Session ( Terpulang pada kelapangan- Tidak wajib)

Jadual ni sah slgi xda perubahan ek..kpada semua rakan2 yg dsayangi..jemput2la datang..sbb kalu bukan kite sape lagi..nnt akan ada announce kat dk lagi..ni just sesaje nak invite khas utk rakan2 saye yg lawat blog ni..k wassalam..

Monday, December 22, 2008

Rinduku pada Nura....


“Terpulanglah, tapi kalau perlu nanti saya pinjam kereta kawan hantar awak.”
“Tak apa bang, mungkin ayah datang ambil kot, biar Salwa pergi telefon ayah dulu,” ujar
Salwa.
Sudah dua hari Salwa berada di rumah ayahnya, Hilmi terasa sunyi, dia terasa kehilangan,
tambahan pula, Syuhadah tiada bersama. Namun apa daya, kalau tak diizinkan Syuhadah
mengikut ‘Ummi’nya pasti merengek saja dia nanti. Hilmi sudah bosan, hendak keluar kereta
masih di bengkel. Selama dua hari Salwa di sana, sekali pun dia tidak menelefon Salwa,
kalau ada pun Salwa sahaja yang menelefonnya. Hilmi menutup suis televisyen dan berlalu ke
atas, dia ingin melelapkan mata di atas.

Sudah dekat sejam dia bergolek ke kiri, ke kanan, nanum matanya tidak jugak mengantuk,
akhirnya dia bangun ke almari, ingin mencari buku-buku cerita untuk dibaca sementara
menunggu matanya mengantuk. Di bukanya pintu almari, dicapai sebuah buku, tidak menarik
minat, disimpan semula, ditarik buku kedua, jugak tidak berkenan. Dia terpandang sebuah
buku, seperti diari. Mungkin Nura punya, tapi bukankah semua barang-barang Nura aku dah
masukkan ke dalam kotak tempohari, kata hatinya. Diselak buku biru itu, sahlah diari, tetapi
bukan Nura punya tetapi Salwa punya. Tertera nama Salwa Hani. Hatinya meronta-ronta ingin
melihat isi kandungan buku itu.
15 May 2001
Aku diijabkabulkan dengan Abang Hilmi, sesungguhnya, aku tak pernah mengenali siapa dia,
namun dari mak aku tahu, dia baru kehilangan isteri, punya anak yang baru berusia beberapa
bulan aku tak pasti. Kesian aku mendengar, tak dapat aku bayangkan kalau aku di tempat
anak kecil itu, hanya merasa belaian ibu selama seminggu sahaja. Aku tak pasti sama ada
aku menerima Abang Hilmi sama ada simpati atau kerana emak, entah yang pastinya aku
yakin takkan emak akan membuat pilihan yang silap. Moga aku bahagia dengan pilihan aku
ini.
Hilmi membuka lagi….
15 June 2001
Genap sebulan kami bernikah, tapi aku sedikit kecewa aku masih lagi seorang dara. Apalah
yang diharapkan oleh seorang isteri dari sebuah perkahwinan? Semestinya aku mengharap
sebuah rumah tangga yang bahagia, dan diberi belaian oleh seorang suami. Tapi tidak bagi
aku, aku tidak merasa semua kenikmatan berumah tangga. Aku kena faham, Abang Hilmi
masih sayangkan arwah isterinya, tapi kini, dia punya aku, kenapa dia tak boleh terima
hakikat ini. Tak apalah, baru sebulan, Insya-Allah aku akan terus berdoa, mudah-mudahan
aku tabah….
Hilmi mula diserang perasaan bersalah… diselak lagi. Helaian demi helaian dibaca..
15 November 2001
Hati aku sedih yang teramat, aku sabar menanti Abang Hilmi pulang, aku dah siapkan baju
untuk pulang ke rumah mak, aku rindu mak, aku rindu adik-adik, aku rindu ayah. Tetapi
Abang Hilmi tak mau balik, tetapi dia izinkan aku balik. Apalah ertinya punya suami tetapi
tidak bersama seroang isteri.. apalah erti aku jadi isteri kalau meninggalkan suami. Tapi
akhirnya bila mak Abang Hilmi marahkan dia suruh balik juga, aku rasa bersalah sangat, aku
rasa aku tak patut ajak dia balik, tetapi Abang Hilmi ikut permintaan mak, dia bawak aku dan
Adah balik, Tuhan saja yang tahu, dua hari di rumah mak aku gembira atas ‘kebahagiaan’
kami walaupun hanya kepuraan sebenarnya.
17 November 2001
Sesuatu yang amat tidak terduga berlaku, kami kemalangan, tapi syukur kepada Ilahi, kami
tidak parah, sekadar luka-luka kecil, cuma Abang Hilmi agak teruk sebab dia terjun semasa
kereta hampir menjunam ke tepi belukar, tapi aku memeluk Adah dan terjun semasa dia cuba
memeperlahankan kenderaan, kami terpelanting tepi jalan, nasib baik berumput tebal. Allah
sering menguji aku, aku cuba menjaga abang Hilmi dengan baik dengan harapan dan doa
semoga terbuka hatinya menerima aku sebagi isterinya, aku betul-betul terluka, aku sedih dan
pilu hanya Tuhan saja yang tahu hati aku, tapi aku kena tabah. Kepada siapa aku hendak
curahkan? Takkan dengan mak? Mana mungkin. Berdosa seorang isteri menceritakan hal
rumah tangganya. Ya, Allah tabahkan hatiku, bukakanlah hati Abang Hilmi menerima
kehadiranku.
Hilmi terpaku, rasa bersalah teramat menyerang hatinya. Dia ingat betapa setianya Salwa
menunggunya saban hari di hospital. Balik rumah, dia hanya tidur di lantai beralaskan tilam
kecil, dia senang lenang tidur di atas katil. Kejamkah aku? Kata hatinya. Tangannya sengal
tak mampu menyuap makanan, tangan Salwa lah yang menyuapkan makanan ke mulutnya.
Hendak ke bilik air, berpapah dia bersusah payah dengan kudrat wanita membawa Hilmi ke
bilik air. Tengah malam Hilmi mengerang kesakitan, Salwa tetap setia berjaga,
menenangkannya, menyapu ubat, membawakan air. Tetapi apa balasan Hilmi terhadap
perempuan bergelar isteri itu. Dia rasa berdosa. Dia tidak patut memperlakukan Salwa
sedemikian. Dia telah membuat keputusan. Dan dia tidak sabar menunggukan Salwa balik.
Salwa pulang dihantar oleh ayahnya, berlari-lari Syuhadah mendapatkan papanya. Hilmi
meggomol anak kecil tu, gembira sekali. Dia memandang Salwa penuh erti. “Pergilah simpan
beg tu dulu Salwa, nanti boleh kita minum sama-sama, mak dah buatkan minum petnag
tadi,"” kata mak Hilmi.
Hilmi terus memandang Salwa tanpa bicara. Dia melihat perempuan yang sungguh murni
hatinya dengan pandangan yang sayu dan rasa bersalah.
Selepas makan malam, Hilmi memanggil Salwa ke atas, dia ingin menyampaikan sesuatu
kepada Salwa. Salwa berdebar-debar. “Kenapa abang panggiil Wa?,” tanya Salwa.
“Salwa, saya ingin berbincang sesuatu mengenai hubungan kita ni, saya bersalah selama ini
kepada awak, saya pentingkan diri sendiri, saya tidak pernah hiraukan awak, saya tidak adil,
saya mengambil awak sebagi isteri, tetapi saya mengabaikan awak. Saya tidak
memperlakukan awak seperti seorang isteri, seperti mana isteri-isteri lain dapat dari seorang
suami. Saya minta maaf, tapi awak kena faham, saya pernah kehilangan insan yang amatamat
saya sayang, sukar hati untuk menerima pengganti Nura, saya berharap awak faham,”
ujar Hilmi.
Dia menarik nafas panjang, dan melepaskan sebuah keluhan kecil. Salwa yang dari tadi
duduk di birai katil hanya mula bersuara. “Tak apa, bang saya faham, abang perlukan masa,
saya faham, kalau saya pun mungkin lebih teruk dari apa yang abang alami, Insya-Allah saya
tidak pernah menyesal atau tersinggung,” ujar Salwa denagn penuh kelembutan. Gadis ini
sentiasa berhati-hati dalam tutur katanya, itulah yang dikagumi Hilmi.
“Tapi saya tidak patut buat begitu, saya kejam namanya, saya tidak boleh berterusan
memperlakukan sedemikian, saya telah berfikir semasak-masaknya, mungkin jalan terbaik,
biarlah saya melepaskan awak kerana saya tidak sanggup untuk mendera perasaan awak
lagi, awak carilah insan lain yang boleh membahagiakan saya. Saya tidak mahu terus berlaku
zalim dan diburu rasa berdosa berpanjangan,” Hilmi meluahkan.
Salwa tenang, matanya bergenang, Hilmi terus diburu rasa bersalah.

Saturday, December 20, 2008

Rinduku pada Nura...



Hilmi rasa bersalah, akhirnya atas permintaan emaknya, dia mengarahkan Salwa mengemas
kain baju, dan mereka bertolak ke rumah mak Salwa. Gembira bukan kepalang kesemua ahli
rumah Salwa menyambut kepulangan Salwa dan ‘cucu’ mereka Syuhadah, riuh rendah suara
adik-adik Salwa berebutkan nak mendokong Syuhadah, maklumlah inilah ‘anak saudara’
pertama mereka.“Dah boleh berjalan dah budak ni, makin comel mukanya, ikut muka arwahnya Nura,” katamak mertua Hilmi. Serta merta air mukanya berubah, teringatkan Nura. Dia mintak izin ke bilikair, sekadar tidak mahu dilihat bersedih.
“Kak, bila lagi kami nak dapat anak saudara baru? Cepatlah kak, Adah ni dah boleh lari dah,
nanti kalau ada adik bolehlah dia berkawan-kawan,” usik adik Salwa. Ditambah pula, oleh
mak Salwa, “betul tu, betul, cepat-cepatlah Wa, nanti cepat aku dapat dua cucu.”
Salwa hanya tersenyum kelat, derita hatinya Tuhan saja yang tahu, 'Bagaimana hendak
berzuriat mak, sedangkan saya ni masih lagi dara mak,' bentak hatinya. Hilmi juga
mendengar, dia merasa bersalah teramat.
Dua hari di rumah Salwa dirasakan bagaikan dua tahun, lambat sungguh masa berlalu, Hilmi
rimas dengan keadaan itu, dia terpaksa berpura-pura bermesra dan bersenda dengan Salwa
demi menjaga nama baiknya, nama baik keluarganya, sedangkan hatinya tetap berduka.
Segala kebahagiaannya hanya bersama Nura. Sebelum pulang sempat jugak mak mertuanya
berpesan supaya, tegurlah Salwa kalau dia bersalah, marahkan dia kalau perlu. Namun Hilmi
tersenyum dan mengangguk, hati berdetik, apalah yang nak ditegur gadis sebaik Salwa,
apalah yang hendak dimarahkan gadis semurni Salwa.
Di dalam kereta, Syuhadah sudah terlentuk di riba Salwa. Hilmi tekun memandu, masingmasing
diam seribu bahasa. Begitulah kehidupan sebenar mereka, bercakap sekiranya perlu.
Salwa termenung mengingatkan alangkah bahagianya kalau Hilmi tidak berpura-pura seperti
mana di rumah ibunya tadi, Hilmi melayan dia seperti tidak ada apa-apa berlaku. Hilmi pula
teringatkan Nura, dia membayangkan alangkah bahagianya sekiranya wanita di sebelahnya
yang sedang meriba Syuhadah ialah Nura Ain.
“Abang, kenapa ni…..,” jerit Salwa tersentak kerana tiba-tiba kereta hilang kawalan.
“Tayar pancit ni, Salwa, buka pintu, terjun-terjun.” Keadaan cemas, tapi masih terkawal.
Hilmi sudah boleh pulang hari ini, lega rasa hati Salwa, kemalangan tempoh hari sungguh
menakutkannya. Tiba-tiba kereta yang dipandu agak laju oleh Hilmi hilang kawalan kerana
salah satu tayar pancit, segera dia memeluk Syuhadah dan melompat semasa Hilmi sedang
cuba memperlahankan kelajuan kereta, mereka terselamat, dia hanya luka ringan, Hilmi pula
luka-luka di muka, luka-luka di badan. Itulah kebesaran Yang Maha Esa, kalau dilihatkan
keadaan kereta teruk jugak, kerana terbabas ke belukar, tapi mujur mereka semua sempat
terjun keluar. Namun luka-luka Hilmi memaksa dia tidak mampu menggenggam tangan
dengan baik, mulut sakit, hendak bangun pun payah.
“Abang, doktor kata petang ni abang dah boleh keluar, nanti saya suruh ayah datang ambil,
saya tak payah baliklah kalau macam tu, tunggu sampai ayah datang ambil yer,” kata Salwa
“Iyer, saya pun malas duduk lama-lama di sini, baguslah kalau dah boleh balik,” ujar Hilmi.
“Ada kurang sikit pagi ni?” Salwa bertanya.
“Bolehler, sikit, tapi jari-jari saya masih sakit lagi ni, terima kasih kerana sudi menjaga saya,”
perlahan Hilmi bersuara.
“Ishh abang ni, kan Salwa ni isteri abang, itukan tanggung jawab saya, walaupun….,” terhenti
katanya.
“Walaupun saya tak pernah layan awak seperti isteri saya, berilah saya masa Salwa, saya
masih tertekan, saya masih mengenangkan arwah isteri saya, itu perasaan saya, saya tidak
boleh menipu diri sendiri,” Hilmi berkata.
“Tak apalah bang, saya faham, Insya-Allah saya faham, saya kagum dengan kasih abang
terhadap kak Nura, bertuah dia, rugi saya tidak pernah mengenalinya insan bertuah itu,” ada
getaran nada suara Salwa.
“Tak, aku yang buta Salwa, dia malang punya suami seperti aku, tetapi aku yang cukup
bertuah kerana punyai suri seperti itu, lupakanlah,” kata Hilmi.
Salwa rasa sejak mereka bernikah, inilah kali pertama mereka berbicara begitu, Salwa
gembira Hilmi ada sedikit perubahan.
Sudah tiga minggu Hilmi tidak berkerja, cuti sakitnya pada awalnya diberi dua minggu,
kemudian ditambah lagi 3 hari, selebihnya dia mengambil cuti tahunan. Sengaja dia ingin
berehat dan menenangkan fikirannya. Hatinya semakin merindui Nura, andai Nura ada,
pastilah dia menjadi insan paling bertuah kerana Nura pastinya sentiasa di sisi. Tetapi apa
kurangnya Salwa, dia jugak setia, istemewa, tabah dan selembut Nura. Hilmi rasa bersalah
pada Salwa, tapi egonya masih utuh, hatinya pada Nura, sebab itulah sehingga kini hampir 7
bulan, Salwa masih seorang dara. Dia tahu berdosa, tapi dia tidak berdaya, dia tidak mampu
untuk memenuhi tuntutan batin yang wajib itu.
“Ya, Allah berikanlah aku kekuatan menempuh ujianMu Ya, Allah,” doa Hilmi dalam hati.
“Assalamualaikum…,” sapa Salwa
“Waalaikumsalam, kenapa ni, cemas saja.”
“Ayah telefon mak jatuh semalam, kaki terseliuh, hari ni dia demam panas, abang izinkan tak
kalau Salwa balik ke rumah sehari dua, kesian ayah dan adik-adik, tiada siapa uruskan
makan minum mereka, tapi kalau abang tak izinkan tak apa Salwa faham,” Salwa meminta
izin.
"Salwa nak balik dengan apa?,” tanya Hilmi
“Mungkin Salwa naik teksi, ataupun Salwa suruh ayah datang jemput, boleh Salwa bawa
Syuhadah sekali?” Salwa bertanya.

Tuesday, December 16, 2008

Rinduku pada Nura....



“Abang, nah ambil ni,” hulur Salwa.
“Bukan yang inilah, tak apalah biar saya ambil sendiri,” kata Hilmi, dan berlalu pergi. “Saya
pergi dulu mak,” kata Hilmi sebelum keluar rumah.
Salwa menghulurkan tangan untuk bersalam tanda hormatkan suami, namun, Hilmi berlalu
dengan selamba. Hatinya sedikit terguris dengan tindakan Hilmi, namun cepat-cepat dia pujuk
hati sendiri. Mak Zaharah kecewa dengan sikap Hilmi, dia kesal, sepatutnya, Hilmi
menghabiskan cuti kahwinnya kali ini untuk bersama-sama Salwa, tetapi dia tak mahu, dia
berkeras hendak keluar bersukan. Sudahlah cadangan dia supaya Hilmi dan Salwa pergi
makan angin ke luar daerah ditolak. Alasan Hilmi ialah, rutin setiap Jumaatnya akan terbatal,
iaitu mengunjungi pusara Nura.
Kini sudah sebulan Salwa dan Hilmi bergelar suami isteri, Syuhadah juga sudah pandai
bermanja dan merengek dengan Salwa. Dia sudah pandai tidur berpeluk dengan Salwa. Mak
Zaharah sungguh gembira, tepatlah pilihan pengganti Nura Ain. Namun Mak Zaharah kesal,
Hilmi masih belum dapat menerima Salwa sepenuh hati, apa yang mampu dibuat berdoa dan
menasihati Hilmi.
“Abang dah balik,” sapa Salwa bila Hilmi sudah tercegat depan pintu rumah, tangan dihulur
untuk menyambut tangan suami untuk dikucup, tetapi seperti biasa Hilmi hanya acuh tak acuh
sahaja.
“Syuhadah….,” panggil Hilmi. Dengan tergesa-gesa anak comel itu merangkak menuju ke
papanya. Hilmi mencium dan menggomol Syuhadah, seolah-olah sudah berbulan ditinggalkan
Syuhadah, sedangkan dia hanya berpisah pagi tadi sahaja.
“Abang, jemput minum,” Salwa mengajak Hilmi minum petang.
“Minumlah dulu, saya nak solat,” jawapan pendek Hilmi sekali lagi mengundang duka Salwa.
Selesai solat Maghrib, Salwa mencapai Quran, dia membaca penuh kusyuk, tanpa tersedar,
air matanya turut mengalir, dadanya sebak, perasaan rendah diri pada Yang Esa, dan
ditambah luka di hati, mengalir bersama juntaian air matanya, Hilmi yang menyedari keadaan
itu, merasa sedikit bersalah. Namun dia hanya mendiamkan diri. Dia terus dengan kerja-
kerjanya menyiapkan pelan bangunan kedai yang baru hendak dimulakan lakarannya. Selesai
mengaji, Salwa turun ke bawah, menyiapkan makan malam, sekali lagi Mak Zaharah
memujuk Salwa.
“Kenapa kamu menangis, Hilmi marahkan kamu,” tanya Mak Zaharah.
“Ehh, tak lah mak, dia tak cakap apa-apa, saya memang begini, kalau mengaji, kadangkadang
kalau dah khusyuk sangat dengan ayat-ayat suci tu, saya sebak sendiri,” Salwa
menjawab.
“Kalau dia ada marahkan kamu, jangan selindung, cerita dengan mak yer.”
Malam itu, Salwa tidur bersama Syuhadah seperti biasa, dan Hilmi masih meneruskan kerjakerjanya.
Dan seperti biasanya, Hilmi akan tidur di atas sofa di dalam biliknya. Salwa selalu
merasa berdosa, tapi apakan daya bukan salahnya, Hilmi yang tidak mahu bersama, sebulan
bernikah, Salwa masih lagi seorang dara. Tak apalah, berilah dia masa, pujuk hatinya.
Syuhadah kini sudah pandai berjalan, lasaknya boleh tahan. Namun Salwa ligat melayan
kerenah anak kecil itu, tidak pernah dia merungut. Mak Zaharah bersyukur, Syuhadah dapat
ibu tiri yang cukup sempurna, lega hatinya keranan boleh menunaikan amanah Nura. Usia
Syuhadah kini hampir mencecah setahun tiga bulan, ini bermakna sudah hampir 6 bulan
Salwa dan Hilmi menjadi suami isteri.
“Hai Salwa, Syuhadah ni dah pun boleh berjalan, mak ucapkan terima kasih kepada kamu
kerana menjaga amanah arwah Nura dengan baik, bertuah Hilmi dan Syuhadah, mak terharu
kamu menjaga anak yatim ni macam anak kamu sendiri,” sebak Mak Zaharah.
“Mak, saya tak pernah anggap dia anak tiri saya, mak, saya anggap dia anak sendiri, keluarga
saya pun dah menganggap dia macam cucu mereka jugak, tambahan pula, rumah saya tu,
tidak ada anak suadara lagi. Lega rasanya,” kata Salwa dan menambah, “Mak saya
bercadang nak ajak abang Hilmi balik rumah saya malam ni, esok kan hari minggu, hari tu,
mak saya ada telefon, dia rindu dengan Syuhadah ni hah, boleh ye mak,”
“Ishh, apa pulak tidak bolehnya, pergilah kamu siap-siap, nanti Hilmi balik, lepas makan
malam kamu baliklah.”
Selepas Hilmi selesai solat maghrib malam itu, Salwa mengajak Hilmi balik ke rumah
maknya. Sedih hatinya bila Hilmi enggan, dia izinkan Salwa balik, dia akan menghantar Salwa
dan Syuhadah, tetapi dia tidak mahu bermalam di sana, alasan, dia perlu siapkan kerja. Luluh
hati Salwa.
“Kalau macam tu, tak payahlah bang, lain kali sajalah,” kata Salwa.
“Eh, kenapa, awak baliklah, saya izinkan,” Hilmi terasa bersalah jugak.
“Buat apa saya balik sendiri, sedangkan saya sudah bersuami, tempat seorang isteri
bukankah di sisi seorang suami, takkan saya nak tinggalkan abang pulak,” ujar Salwa
perlahan.
Hilmi tersentak mendengar kata-kata Salwa, lembut hati perempuan ni, sama macam Nura,
detik hatinya. Dia benar-benar rasa bersalah, tetapi ego mematikan segalanya. “Terpulanglah
kepada awak, jangan kata saya tak kasi,” Hilmi meneruskan kerja-kerjanya. Salwa mengambil
kembali beg yang telah diisi dengan baju-baju dia dan Syuhadah, dan memasukkan kembali
dalam almari.
Mak Zaharah sungguh terkejut dengan tindakan Hilmi, dia merasa Hilmi sudah melampau.
Pagi itu selepas bersarapan, dia bertekad untuk meluahkan kepada Hilmi. “Kenapa kau buat
macam tu Hilmi, kenapa kau tak bawak isteri dan anak kau balik ke rumah mertua kau? Kau
nak malukan mak? Apa orang kata nanti, aku mengawal anak menantu? Hilmi aku ada anak
Hilmi, aku tahu bagaimana perasaan rindukan anak Hilmi, begitu jugak ibunya Salwa, kau
juga ada mak Hilmi, kau tak pernah rindukan mak, Hilmi? Begitulah halnya dengan Salwa,
bawalah dia balik sehari pun jadilah, kesian dia, kesian maknya. Kau kena ingat dia jugak ada
emak, bawalah dia balik, mak merayu pada kau, kalau kau tak kesiankan dia, kau kesiankan
mak, mak tak mau orang kata mak dan anak bukan-bukan, kesiankan mak, bukan jauh
rumah maknya itu, sejam saja perjalanannya, dan bukan orang lain maknya dengan kita,”
mata Mak Zaharah mula bergenang.

Monday, December 15, 2008

nothing important..

Alhamdulillah coz still dberi nikmat..time ni saya nak mperingatkan diri saya sendiri..kebetulan makan tghari td makan dgn 3 org kawan @ ahli study group saya..seorang rakan saya ni (betul kata nadiah, hikmah saya dpt medic usm ni maybe salah satunye dpt mngenali rakan spt beliau) ada bg tazkirah sket..Alhamdulillah nampaknye kata2 die amat meresap kedalam diri saye..time tu maybe rakan2 xprasan saya da stat mdiamkan diri..saya tnya die..pasal masalah saya sbb akhr2 ni saya mcm xterurus sket.. adalah somthing yg saya tnye bkaitan ngan jodoh saya ngan medic..saya kan pernah kate yg kadang2 saya mcm mpersoalkan balik nape saya dpt medic sdgkan saya xnak..mcm agak rugi la kalu bg kat saya..(prasan x saya mcm da mpersoalkan qada n qadar Allah..astaghfirullahalazim)..
sape lah kite utk mpersoalkan qada n qadar Allah sdgkan kite x tau yg sbnornye apa yg da Allah tentukan utk kite tu lebih baik dr ape yg kite nak sbnonye..kite mcm agak xlayak la utk mpersoalkannye..just kite boleh bdoa utk mminta somthing pada Nya tp Dia lebih mngetahui ape yg tbaik wat kite..
inilah jawapannye.. sbnornye jawapan ni da byk kali saya dgo tp entah nape ble beliau yg mnyuarakannye..saya rase mcm amat berbekas pada diri saya..Alhamdulillah..
moga rakan saya ni sentiasa dalan rahmat Nya.. begitu juge ngan rakan2 yg lain..

'Kite hanya merancang tp Allah yg menentukan'...

Rinduku pada Nura....



Selepas pertemuan terakhir dengan Zati, Hilmi langsung tertutup hati untuk menjalinkan
hubungan dengan mana-mana perempuan. Tumpuan sepenuhnya hanya untuk Syuhada dan
kerjayanya sahaja. Betul kata ibunya dia mesti cari pengganti Nura, yang mempunyai hati
seluhur Nura. Arrrghhh.. rindunya abang pada Nura, rindu belaian kasih Nura, rindu masakan
Nura yang disediakan dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Rindu senyuman Nura, tapi
dibayar berjuta ringgit takkan Nura hidup kembali.
“Hilmi, mak nak berbincang dengan kau ni Hilmi,” tegur mak Zaharah.
“Ada apa mak? Cakaplah.”
“Mak kesian sungguh tengok si Syuhadah ni Hilmi, kau ni pun mak tengok dah tak beria
dengan budak pompuan tu dah kan? Mi mak cuma nak bahagiakan kau dan Syuhadah saja,
boleh mak saja yang carikan pengganti Nura tu Hilmi? Mak kesian sangat dengan Syuhadah
ni, kecil-kecil lagi dah tidak beribu,” kata maknya.
“Kenapa mak dah bosan menjaga Syuhadah ker?” Hilmi bertanya.
“Ya, Allah Hilmi, kesitu kau, mak tak kata begitu, tapi kasih aku ni kasih nenek, tidak sama
dengan kasih ibu.”
“Begitu jugak kasih ibu tiri tak sama dengan kasih ibu sejati,” Hilmi membalas.
“Hilmi, kalau kau setuju, mak ada berkenan dengan seorang cikgu tadika ni, Ustazah Salwa,
dia mengajar dekat tadika di surau kita ni, baik budaknya, mak yakin dia mampu menjaga
Syuhadah dengan baik, dengan ilmu agama dan kelembutan yang ada dengannya, lembut
orangnya, mungkin lebih lembut dari Nura,” maknya bercerita.
“Mak!! Tolong jangan bandingkan dengan Nura mak, Nura saya tiada tandingannya, kalau
mak berkenan dengan dia, tolong jangan bandingkan dengan Nura, saya tidak suka, dan
Nura adalah ibu terbaik buat Syuhadah, takkan ada yang akan lebih baik,” Hilmi kecewa.
“Maafkan Mi, mungkin mak berkenan sangat, kau kenallah dia dulu, sebelum buat keputusan,
nanti mak bertanya ibunya.”
“Tak payahlah mak, elok kata mak, eloklah tu, saya ikutkan sahaja, saya malas nak fikir akan
hal ini,” Hilmi berlalu, mengendong Syuhadah dan dibawa ke bilik. “Malam ni dia tidur dengan
saya saja mak,” Hilmi menambah. Di dalam bilik, Hilmi bermain dengan Syuhadah, dia
merasakan bahawa Nura juga berada bersama di tika itu, bermain bersama, Hilmi mencium
Syuhadah seolah mencium Nura, Hilmi membelai Syuhadah, akhirnya dia terlena didalam
belaian papanya. Rindunya Nura pada Abang…
Majlis akad nikah selesai dijalankan, bagi pihak Hilmi, majlis jamuan makan kecil-kecilan
diadakan. Namun bagi keluarga Salwa, ini majlis yang pertama, kenduri diadakan dengan
meriah. Hilmi sungguh hiba terkenangkan Nura. Hilmi tiada rasa gembira, pilu di hati hanya
Ttuhan saja yang tahu.
“Mi, mengapa kau ni, kau mesti gembira, ini hari pernikahan kau,” Zakri menasihatinya.
“Entahlah Zack, aku tak pandai berpura-pura, aku boleh bohong orang lain, tapi tidak untuk
diri sendiri,” Hilmi meluahkan.
“Come on, sekurang-kurangnya kau jagalah hari keluarga mertua kau ni, selama ni pun kau
tak pernah ada mak bapak mertua kan? Inilah pertama kali kau merasa,” Zakri tidak berputus
asa.
Selesai segala majlis, Hilmi terasa amat letih, selepas solat Isya’, dia tertidur. Salwa masih
lagi melayan Syuhadah, sebak dia mengenangkan nasib bayi secomel Syuhadah ditinggalkan
ibu ketika berusia seminggu, apatah lagi dia masih menyusu badan. Sedih sungguh, dia
berazam, meskipun dia bukan ibu kandung Syuhadah, namun itu akan dianggap seperti anak
sendiri, apatah lagi jiwanya yang memang sukakan kanak-kanak.
“Assalamualaikum abang, bangunlah dah subuh,” Salwa mengejutkan Hilmi.
Hilmi berlalu tanpa sebarang suara. Dia terasa asing, terasa asing berkongsi bilik dengan
perempuan lain, dia teringatkan Nura. Alangkah manisnya kalau yang menyambut pagi itu
ialah Nura. Dia terlalu rindukan Nura.
Di meja makan Hilmi diam seribu bahasa, dia rasa terasing. Asing kerana ada perempuan lain
di antara dia dan Syuhadah, dia masih belum dapat menerima kehadiran Salwa lagi. Mak
Zaharah perasan akan hal itu.
“Mak harap kamu sabar banyak dengan perangai Hilmi yer, berikan dia masa, bukan senang
dia nak lupakan Nura, lama-lama nanti oklah tu, kamu sabarlah yer, jangan kecil hati,” pesan
Mak Zaharah semasa Salwa ke dapur menambah nasi lemak.
“Tak apa mak, saya faham, sedangkan seorang kekasih pun susah nak lupakan kekasihnya,
ini tambahan pula, seorang suami, pernah hidup serumah mak, Insya-Allah doakan kami
mak,” Salwa menjawab, mencerminkan kematangan pemikirannya.
“Bertuah Hilmi, bertemu jodoh dengan Salwa, Insya-Allah mak mana tak doakan anak Salwa,”
ujar Mak Zaharah.
“Mak, mana raket badminton saya mak,” jerit Hilmi dari ruang tamu. Dia bercadang untuk
keluar bermain badminton bersama rakan-rakannya.
“Pergi cepat ambilkan raket dia, di atas almari bilik belakang tu,” arah Mak Zaharah. Salwa
patuh arahan itu, segera dia beredar mencari raket yang dipinta. Lalu bergegas dia ke depan
menghulurkan buat suami yang baru sehari bersamanya

Saturday, December 13, 2008

Kehidupan (In-team duet bersama Nazrey Raihan)


Kesenangan yang datang,
Tak akan selamanya,
Begitulah selepas susah ada kesenangan.

Seperti selepas malam,
Datangnya siang,
Oleh itu waktu senang,
Jangan lupa daratan.

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa.

Jangan difikir derita akan berpanjang,
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya,
Kesenangan yang datang selepas kesusahan,
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan.

Rinduku pada Nura.... (Part 2)



Andai angin itu mampu menyampaikan rindu, bertiuplah bayu, sampaikan rindu hati ini…..
Andainya air yang mengalirkan mampu menghanyutkan duka, mengalirkan sungai hanyutkan
duka hati ini… Andainya sekali ombak menghempas pantai mampu merubah pasir,
hempaskan sang ombak sekuat hatimu, ubahlah nasibku ini…. Tapi, aku masih terus begini,
tidak sudikan kau sang bayu, sungai dan ombak menolong diriku…
Hilmi menutup kembali surah Yassin, dan melipat tikar kecil yang dijadikan alas duduknya.
Longlai langkahnya menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan, lantas dia memecut ke
pejabat. Tepat jam 8.50 pagi dia sudah selesai punch card.
“Kau ke kubur lagi Mi?”, sapa Zakri.
“Ha’ah, selagi belum hilang rinduku pada Nura,” balas Hilmi.
“Kau ni, sudahlah tu, binalah hidup baru, aku tak suruh kau lupakan dia, tetapi, yang pergi
biarkan pergi kita yang hidup mesti teruskan hidup, kau jangan ikutkan hati sangat Mi, buruk
padahnya nanti, kau lupa ker, Nura berpesan supaya carikan pengganti untuk Syuhadah tu,
sanggup ke kau lihat budak tak berdosa tu membesar tanpa kasih sayang seorang ibu,
carilah seorang ibu untuk Adah Mi,” Zakri cuba menasihati.
“Entahlah Zack, hati hanya untuk Nura, seluruh kasih sayangku hanya untuk Nura, cuma aku
tak sempat buktikan padanya, aku terkilan sungguh Zack, kenapa aku sia-sia kasih sayang
Nura selama ni Zack? Kenapa aku tak sedar betapa luhur dan sucinya kasih Nura untuk aku?
Kenapa Zack?, 8 tahun aku mengenalinya, hampir 6 tahun aku hidup sembumbung
dengannya takkan aku boleh melupakannya dengan mudah dalam tempoh 10 bulan ini, sukar
Zack, sukar..” Hilmi sebak bila mengenangkan semua itu.
“Mi, sudahlah, aku rasa fikirkan tentang Syuhadah, bukan fikir tentang perkara lepas, tentang
kesilapan kau, tebuslah kesalahan itu dengan membahagiakan buah hati pertama dan
terakhir kau dan Nura,” Zakri jugak agak sebak.
“Doakanlah Mi, doakan semoga aku tabah, dan doakan semoga aku bertemu insan yang
mampu menjaga seorang anak yatim tidak berdosa seperti Adah dengan baik, doakanlah aku
Zack,” pinta Hilmi. Arrghhh rindunya abang pada Nura.
“Insya-Allah, dah le buat ler kerja kau tu,” Zakri kembali menyambung tugasannya.
Syuhadah merangkak menuju ke arah papanya. Hilmi tersenyum riang melihat telatah
Syuhadah yang sungguh manja. Hatinya tersentuh bila mengenangkan anak sekecil itu, tidak
merasa belaian kasih sayang seorang ibu, sebak hatinya mengenangkan, nasib anak kecil itu.
“Hah dah balik kau, tak dengar bunyi kereta pun?” tanya Mak Zaharah.
“Saya tinggalkan di luar mak, nanti lepas maghrib saya nak keluar semula.”
“Kau nak jumpa perempuan tu?,” maknya mula menyangka. Hilmi mengangguk.
“Hilmi, kalau dengan budak tu, kau nak jadikan mak Syuhadah menggantikan Nura, mati
hidup balik mak tak kasi. Biarlah mak saja yang menjaganya. Mak tak sanggup, mak tak yakin
langsung dia boleh menjaga Syuhadah dengan baik, hari tu datang sini, nak menyiang ikan
pun tak mahu, takut kuku patah katanya, itu kau nak jadikan isteri, itu kau nak jadikan mak
Syuhadah? Aku tak sanggup Mi,” maknya meluahkan.
“Entahlah mak, saya pun belum buat apa-apa keputusan,” Hilmi berlalu.
Hilmi melihat jam di tangan, sudah hampir pukul 9.30 malam, lewat lagi Zati nampaknya getus
hatinya. Dia bertekad, lagi lima belas minit kalau dia tak datang, Hilmi akan pulang. Lapan
minit berlalu, tiba-tiba dia nampak kelibat Zati masuk ke dalam restoran itu.
“Sorry Hilmi, I baru balik dari site, kena pergi office dulu, buat report, sorry yek…,” Zati
beralasan.
“Ermmm, lama I tunggu di sini, I dah nak balik pun, kalau iyer pun telefonlah beritahu,” Hilmi
hampir bosan, setiap kali berjumpa Zati mesti lewat.
“Kan I cakap, alasan I kenapa pulak you nak marah I, telefon I habis baterilah, lecehlah you ni
tunggu sekejap pun dah bising,” Zati mengomel.
“Sudahlah, you nak makan apa?,” Hilmi malas bertekak.
“Ermm, actually I dah makan tadi kat site, client belanja, kenyang lagi ni, lagipun takut gemuk,
just mintak fresh orange jer lah,” pinta Zati.
“Huhhh, sejam orang tunggu dia, alih-alih kena makan sorang jugak, baik makan terus jer dari
tadi,” Hilmi mula terasa hati dengan sikap Zati.
“Rilekslah you ni lorat ler,” Zati megeluh.
Zati sibuk berceritakan soal projek dia, projek yang akan menentukan masa depannya, dia
ghairah bercerita mengenai projek dia, Hilmi hanya mendengar sambil menyuap makanan ke
mulut, makanan ditelan terasa seperti menelan pasir saja. Akhirnya Hilmi bersuara.
“Zati, I nak berbincang satu perkara dengan you, please listen.”
“What, ceritalah,” Zati berkata.
“You tahukan, wife I dah meninggal sepuluh bulan yang lepas, dan I punya anak, yang juga
berusia sepuluh bulan, I ingin mulakan hidup baru Zati, sudikah you jadi mother untuk anak I
Zati?” Hilmi bertanya.
“What! Hilmi, apa ni? I belum bersedia hendak berumah tangga lah Hilmi, apatah lagi nak
punya anak, tambahan pulak bukan anak I, ishh apa ni, tak maulah I, kalau I nak kahwin
dengan you pun bukan sekarang mungkin 2 tahun lagi, I baru kerja, I masih perlu baiki
kerjaya I dulu, kalau I kahwin dengan you pun belum tentu I boleh terima anak you Hilmi,
sorrylah,” Zati menerangkan.
Penerangan Zati cukup mengundang dan menambah luka di hati Hilmi. Mereka berpisah
pada malam itu, namun, Hilmi bertekad, pertemuannya dengan Zati malam itu, adalah
pertemuan yang terakhir. Betul kata ibunya, Zati tidak sesuai untuk menjadi ibu Syuhadah.
Bukan Hilmi yang kemaruk hendak berbini, tapi dia memikirkan Syuhada yang perlukan
seorang ibu.

Wednesday, December 10, 2008

Rinduku Pada Nura.....



Abang yang Nura rindui,
Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang.
Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak
harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau
apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita
hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa
Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini
bang.
Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby
kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura
bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat
bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia
hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak
ketentuanNya. Nura tak mampu abang.
Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk
mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha
sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura
sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha
sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura
untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.
Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang
akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa
seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu
menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan
Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada
abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang
tahu yang...
Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindu bang... rindu sangat....
Tuhan saja yang tahu betapa rindunya Nura pada abang. Nura rindukan sentuhan, ciuman
dan pelukan kasih sayang abang. Tapi Nura tak mampu dan tidak berpeluang untuk
mengucapkannya. Nura tidak berpeluang. Nura juga berharap, abang halalkan makan minum
Nura, ampunkan segala dosa-dosa Nura pada abang. Sekali lagi maafkan Nura kerana tidak
mampu menjadi isteri terbaik buat abang, maafkan Nura bang. Sesungguh cinta dan kasih
sayang Nura tetap untuk abang hingga akhir hayat. Terima kasih kerana memberikan
kebahagiaan buat Nura, terima kasih kerana menjadi suami yang baik buat Nura, dan
semoga abang akan jadi papa yang baik pada anak kita.
Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah
Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan
Nura Ain...dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu.....
Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.