Tuesday, December 16, 2008

Rinduku pada Nura....



“Abang, nah ambil ni,” hulur Salwa.
“Bukan yang inilah, tak apalah biar saya ambil sendiri,” kata Hilmi, dan berlalu pergi. “Saya
pergi dulu mak,” kata Hilmi sebelum keluar rumah.
Salwa menghulurkan tangan untuk bersalam tanda hormatkan suami, namun, Hilmi berlalu
dengan selamba. Hatinya sedikit terguris dengan tindakan Hilmi, namun cepat-cepat dia pujuk
hati sendiri. Mak Zaharah kecewa dengan sikap Hilmi, dia kesal, sepatutnya, Hilmi
menghabiskan cuti kahwinnya kali ini untuk bersama-sama Salwa, tetapi dia tak mahu, dia
berkeras hendak keluar bersukan. Sudahlah cadangan dia supaya Hilmi dan Salwa pergi
makan angin ke luar daerah ditolak. Alasan Hilmi ialah, rutin setiap Jumaatnya akan terbatal,
iaitu mengunjungi pusara Nura.
Kini sudah sebulan Salwa dan Hilmi bergelar suami isteri, Syuhadah juga sudah pandai
bermanja dan merengek dengan Salwa. Dia sudah pandai tidur berpeluk dengan Salwa. Mak
Zaharah sungguh gembira, tepatlah pilihan pengganti Nura Ain. Namun Mak Zaharah kesal,
Hilmi masih belum dapat menerima Salwa sepenuh hati, apa yang mampu dibuat berdoa dan
menasihati Hilmi.
“Abang dah balik,” sapa Salwa bila Hilmi sudah tercegat depan pintu rumah, tangan dihulur
untuk menyambut tangan suami untuk dikucup, tetapi seperti biasa Hilmi hanya acuh tak acuh
sahaja.
“Syuhadah….,” panggil Hilmi. Dengan tergesa-gesa anak comel itu merangkak menuju ke
papanya. Hilmi mencium dan menggomol Syuhadah, seolah-olah sudah berbulan ditinggalkan
Syuhadah, sedangkan dia hanya berpisah pagi tadi sahaja.
“Abang, jemput minum,” Salwa mengajak Hilmi minum petang.
“Minumlah dulu, saya nak solat,” jawapan pendek Hilmi sekali lagi mengundang duka Salwa.
Selesai solat Maghrib, Salwa mencapai Quran, dia membaca penuh kusyuk, tanpa tersedar,
air matanya turut mengalir, dadanya sebak, perasaan rendah diri pada Yang Esa, dan
ditambah luka di hati, mengalir bersama juntaian air matanya, Hilmi yang menyedari keadaan
itu, merasa sedikit bersalah. Namun dia hanya mendiamkan diri. Dia terus dengan kerja-
kerjanya menyiapkan pelan bangunan kedai yang baru hendak dimulakan lakarannya. Selesai
mengaji, Salwa turun ke bawah, menyiapkan makan malam, sekali lagi Mak Zaharah
memujuk Salwa.
“Kenapa kamu menangis, Hilmi marahkan kamu,” tanya Mak Zaharah.
“Ehh, tak lah mak, dia tak cakap apa-apa, saya memang begini, kalau mengaji, kadangkadang
kalau dah khusyuk sangat dengan ayat-ayat suci tu, saya sebak sendiri,” Salwa
menjawab.
“Kalau dia ada marahkan kamu, jangan selindung, cerita dengan mak yer.”
Malam itu, Salwa tidur bersama Syuhadah seperti biasa, dan Hilmi masih meneruskan kerjakerjanya.
Dan seperti biasanya, Hilmi akan tidur di atas sofa di dalam biliknya. Salwa selalu
merasa berdosa, tapi apakan daya bukan salahnya, Hilmi yang tidak mahu bersama, sebulan
bernikah, Salwa masih lagi seorang dara. Tak apalah, berilah dia masa, pujuk hatinya.
Syuhadah kini sudah pandai berjalan, lasaknya boleh tahan. Namun Salwa ligat melayan
kerenah anak kecil itu, tidak pernah dia merungut. Mak Zaharah bersyukur, Syuhadah dapat
ibu tiri yang cukup sempurna, lega hatinya keranan boleh menunaikan amanah Nura. Usia
Syuhadah kini hampir mencecah setahun tiga bulan, ini bermakna sudah hampir 6 bulan
Salwa dan Hilmi menjadi suami isteri.
“Hai Salwa, Syuhadah ni dah pun boleh berjalan, mak ucapkan terima kasih kepada kamu
kerana menjaga amanah arwah Nura dengan baik, bertuah Hilmi dan Syuhadah, mak terharu
kamu menjaga anak yatim ni macam anak kamu sendiri,” sebak Mak Zaharah.
“Mak, saya tak pernah anggap dia anak tiri saya, mak, saya anggap dia anak sendiri, keluarga
saya pun dah menganggap dia macam cucu mereka jugak, tambahan pula, rumah saya tu,
tidak ada anak suadara lagi. Lega rasanya,” kata Salwa dan menambah, “Mak saya
bercadang nak ajak abang Hilmi balik rumah saya malam ni, esok kan hari minggu, hari tu,
mak saya ada telefon, dia rindu dengan Syuhadah ni hah, boleh ye mak,”
“Ishh, apa pulak tidak bolehnya, pergilah kamu siap-siap, nanti Hilmi balik, lepas makan
malam kamu baliklah.”
Selepas Hilmi selesai solat maghrib malam itu, Salwa mengajak Hilmi balik ke rumah
maknya. Sedih hatinya bila Hilmi enggan, dia izinkan Salwa balik, dia akan menghantar Salwa
dan Syuhadah, tetapi dia tidak mahu bermalam di sana, alasan, dia perlu siapkan kerja. Luluh
hati Salwa.
“Kalau macam tu, tak payahlah bang, lain kali sajalah,” kata Salwa.
“Eh, kenapa, awak baliklah, saya izinkan,” Hilmi terasa bersalah jugak.
“Buat apa saya balik sendiri, sedangkan saya sudah bersuami, tempat seorang isteri
bukankah di sisi seorang suami, takkan saya nak tinggalkan abang pulak,” ujar Salwa
perlahan.
Hilmi tersentak mendengar kata-kata Salwa, lembut hati perempuan ni, sama macam Nura,
detik hatinya. Dia benar-benar rasa bersalah, tetapi ego mematikan segalanya. “Terpulanglah
kepada awak, jangan kata saya tak kasi,” Hilmi meneruskan kerja-kerjanya. Salwa mengambil
kembali beg yang telah diisi dengan baju-baju dia dan Syuhadah, dan memasukkan kembali
dalam almari.
Mak Zaharah sungguh terkejut dengan tindakan Hilmi, dia merasa Hilmi sudah melampau.
Pagi itu selepas bersarapan, dia bertekad untuk meluahkan kepada Hilmi. “Kenapa kau buat
macam tu Hilmi, kenapa kau tak bawak isteri dan anak kau balik ke rumah mertua kau? Kau
nak malukan mak? Apa orang kata nanti, aku mengawal anak menantu? Hilmi aku ada anak
Hilmi, aku tahu bagaimana perasaan rindukan anak Hilmi, begitu jugak ibunya Salwa, kau
juga ada mak Hilmi, kau tak pernah rindukan mak, Hilmi? Begitulah halnya dengan Salwa,
bawalah dia balik sehari pun jadilah, kesian dia, kesian maknya. Kau kena ingat dia jugak ada
emak, bawalah dia balik, mak merayu pada kau, kalau kau tak kesiankan dia, kau kesiankan
mak, mak tak mau orang kata mak dan anak bukan-bukan, kesiankan mak, bukan jauh
rumah maknya itu, sejam saja perjalanannya, dan bukan orang lain maknya dengan kita,”
mata Mak Zaharah mula bergenang.

No comments: