Wednesday, December 10, 2008

Rinduku Pada Nura.....



Abang yang Nura rindui,
Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang.
Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak
harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau
apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita
hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa
Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini
bang.
Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby
kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura
bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat
bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia
hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak
ketentuanNya. Nura tak mampu abang.
Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk
mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha
sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura
sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha
sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura
untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.
Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang
akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa
seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu
menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan
Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada
abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang
tahu yang...
Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindu bang... rindu sangat....
Tuhan saja yang tahu betapa rindunya Nura pada abang. Nura rindukan sentuhan, ciuman
dan pelukan kasih sayang abang. Tapi Nura tak mampu dan tidak berpeluang untuk
mengucapkannya. Nura tidak berpeluang. Nura juga berharap, abang halalkan makan minum
Nura, ampunkan segala dosa-dosa Nura pada abang. Sekali lagi maafkan Nura kerana tidak
mampu menjadi isteri terbaik buat abang, maafkan Nura bang. Sesungguh cinta dan kasih
sayang Nura tetap untuk abang hingga akhir hayat. Terima kasih kerana memberikan
kebahagiaan buat Nura, terima kasih kerana menjadi suami yang baik buat Nura, dan
semoga abang akan jadi papa yang baik pada anak kita.
Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah
Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan
Nura Ain...dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu.....
Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.

1 comment:

Lavender Pelangi said...

aik..silap chapter ke nih..ke kami yg x baca sebelum punye??konpius..