Monday, December 15, 2008

Rinduku pada Nura....



Selepas pertemuan terakhir dengan Zati, Hilmi langsung tertutup hati untuk menjalinkan
hubungan dengan mana-mana perempuan. Tumpuan sepenuhnya hanya untuk Syuhada dan
kerjayanya sahaja. Betul kata ibunya dia mesti cari pengganti Nura, yang mempunyai hati
seluhur Nura. Arrrghhh.. rindunya abang pada Nura, rindu belaian kasih Nura, rindu masakan
Nura yang disediakan dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Rindu senyuman Nura, tapi
dibayar berjuta ringgit takkan Nura hidup kembali.
“Hilmi, mak nak berbincang dengan kau ni Hilmi,” tegur mak Zaharah.
“Ada apa mak? Cakaplah.”
“Mak kesian sungguh tengok si Syuhadah ni Hilmi, kau ni pun mak tengok dah tak beria
dengan budak pompuan tu dah kan? Mi mak cuma nak bahagiakan kau dan Syuhadah saja,
boleh mak saja yang carikan pengganti Nura tu Hilmi? Mak kesian sangat dengan Syuhadah
ni, kecil-kecil lagi dah tidak beribu,” kata maknya.
“Kenapa mak dah bosan menjaga Syuhadah ker?” Hilmi bertanya.
“Ya, Allah Hilmi, kesitu kau, mak tak kata begitu, tapi kasih aku ni kasih nenek, tidak sama
dengan kasih ibu.”
“Begitu jugak kasih ibu tiri tak sama dengan kasih ibu sejati,” Hilmi membalas.
“Hilmi, kalau kau setuju, mak ada berkenan dengan seorang cikgu tadika ni, Ustazah Salwa,
dia mengajar dekat tadika di surau kita ni, baik budaknya, mak yakin dia mampu menjaga
Syuhadah dengan baik, dengan ilmu agama dan kelembutan yang ada dengannya, lembut
orangnya, mungkin lebih lembut dari Nura,” maknya bercerita.
“Mak!! Tolong jangan bandingkan dengan Nura mak, Nura saya tiada tandingannya, kalau
mak berkenan dengan dia, tolong jangan bandingkan dengan Nura, saya tidak suka, dan
Nura adalah ibu terbaik buat Syuhadah, takkan ada yang akan lebih baik,” Hilmi kecewa.
“Maafkan Mi, mungkin mak berkenan sangat, kau kenallah dia dulu, sebelum buat keputusan,
nanti mak bertanya ibunya.”
“Tak payahlah mak, elok kata mak, eloklah tu, saya ikutkan sahaja, saya malas nak fikir akan
hal ini,” Hilmi berlalu, mengendong Syuhadah dan dibawa ke bilik. “Malam ni dia tidur dengan
saya saja mak,” Hilmi menambah. Di dalam bilik, Hilmi bermain dengan Syuhadah, dia
merasakan bahawa Nura juga berada bersama di tika itu, bermain bersama, Hilmi mencium
Syuhadah seolah mencium Nura, Hilmi membelai Syuhadah, akhirnya dia terlena didalam
belaian papanya. Rindunya Nura pada Abang…
Majlis akad nikah selesai dijalankan, bagi pihak Hilmi, majlis jamuan makan kecil-kecilan
diadakan. Namun bagi keluarga Salwa, ini majlis yang pertama, kenduri diadakan dengan
meriah. Hilmi sungguh hiba terkenangkan Nura. Hilmi tiada rasa gembira, pilu di hati hanya
Ttuhan saja yang tahu.
“Mi, mengapa kau ni, kau mesti gembira, ini hari pernikahan kau,” Zakri menasihatinya.
“Entahlah Zack, aku tak pandai berpura-pura, aku boleh bohong orang lain, tapi tidak untuk
diri sendiri,” Hilmi meluahkan.
“Come on, sekurang-kurangnya kau jagalah hari keluarga mertua kau ni, selama ni pun kau
tak pernah ada mak bapak mertua kan? Inilah pertama kali kau merasa,” Zakri tidak berputus
asa.
Selesai segala majlis, Hilmi terasa amat letih, selepas solat Isya’, dia tertidur. Salwa masih
lagi melayan Syuhadah, sebak dia mengenangkan nasib bayi secomel Syuhadah ditinggalkan
ibu ketika berusia seminggu, apatah lagi dia masih menyusu badan. Sedih sungguh, dia
berazam, meskipun dia bukan ibu kandung Syuhadah, namun itu akan dianggap seperti anak
sendiri, apatah lagi jiwanya yang memang sukakan kanak-kanak.
“Assalamualaikum abang, bangunlah dah subuh,” Salwa mengejutkan Hilmi.
Hilmi berlalu tanpa sebarang suara. Dia terasa asing, terasa asing berkongsi bilik dengan
perempuan lain, dia teringatkan Nura. Alangkah manisnya kalau yang menyambut pagi itu
ialah Nura. Dia terlalu rindukan Nura.
Di meja makan Hilmi diam seribu bahasa, dia rasa terasing. Asing kerana ada perempuan lain
di antara dia dan Syuhadah, dia masih belum dapat menerima kehadiran Salwa lagi. Mak
Zaharah perasan akan hal itu.
“Mak harap kamu sabar banyak dengan perangai Hilmi yer, berikan dia masa, bukan senang
dia nak lupakan Nura, lama-lama nanti oklah tu, kamu sabarlah yer, jangan kecil hati,” pesan
Mak Zaharah semasa Salwa ke dapur menambah nasi lemak.
“Tak apa mak, saya faham, sedangkan seorang kekasih pun susah nak lupakan kekasihnya,
ini tambahan pula, seorang suami, pernah hidup serumah mak, Insya-Allah doakan kami
mak,” Salwa menjawab, mencerminkan kematangan pemikirannya.
“Bertuah Hilmi, bertemu jodoh dengan Salwa, Insya-Allah mak mana tak doakan anak Salwa,”
ujar Mak Zaharah.
“Mak, mana raket badminton saya mak,” jerit Hilmi dari ruang tamu. Dia bercadang untuk
keluar bermain badminton bersama rakan-rakannya.
“Pergi cepat ambilkan raket dia, di atas almari bilik belakang tu,” arah Mak Zaharah. Salwa
patuh arahan itu, segera dia beredar mencari raket yang dipinta. Lalu bergegas dia ke depan
menghulurkan buat suami yang baru sehari bersamanya

No comments: