Sunday, January 18, 2009

Rinduku pada Nura.... (Part 3)


“Kalau itu kehendak abang, siapalah saya untuk menghalang, tapi percayalah, sejak hari
pertama saya menjadi isteri abang, impian saya cuma satu, iaitu untuk mebjadi isteri abang
sepanjang hayat saya, membahagiakan abang sepanjang hayat saya, menjadi isteri yang
terbaik buat seorang suami, kerana sesungguhnya syurga isteri ada pada suami, itulah janji
saya pada diri sendiri, tapi nampkanya saya gagal, saya tidak mampu membahagiakan
abang, saya minta maaf. Saya tidak mampu jadi yang terbaik untuk abang, walau sedaya
upaya saya cuba jadi yang terbaik untuk abang, Kalau itu keuputusan abang, saya rela bang,
terserah,” Salwa menahan sendu.
“Salwa, jangan cakap begitu, awak isteri yang baik, cukup baik sehinggakan saya rasa
bersalah, saya berdosa, sebab itu saya ambil keputusan ini saya tidak mahu lagi berpurapura,
saya tidak mahu lagi awak terseksa kerana tindakan dan perilaku saya selagi awak
menjadi isteri saya, harap awak faham.”
Salwa bangun dan mula mengemas kain bajunya, dia akan balik ke rumah mak ayah esok.
Malam itu tidurnya bertemankan air mata.Hilmi merasa amat-amat bersalah. Dia malu pada
mak ayahnya, pada mak ayah Salwa.
“Kau dah melampau Hilmi, kenapa kau buat begini? Apa salah Salwa? Kenapa hah cuba kau
cakap?” ayahnya sudah berang.
“Ayah, mak tidak apa salahnya Salwa pada saya, cuma saya rasa demi kebahagiaan dia
sendiri, biarlah kami berpisah, saya tidak sanggup berpura-pura lagi ayah, saya masih belum
lupakan Nura, saya tidak boleh menerima dia,” ujar Hilmi.
“Setelah dah nak dekat setahun kau kahwin dengan dia, kau kata kau tidak boleh lupakan
Nura, kenapa kau ni? Kenapa tidak dari dulu lagi, sebelum kau nikahi dia, kau menolak tuah
Hilmi, kenapa, setelah hampir setahun kau kata kau tidak bahagia, kenapa tidak dari dulu?”
ayah tidak puas hati.
“Untuk pengetahuan mak, ayah……. se.. see.. benarnyanya Salwa itu masih dara….,” Hilmi
menerangkan.
“Astaghfirullah hal adzim…., Hilmi betul apa kau cakap ni?” maknya bertanya.
“Betul ayah, sebab itulah, dari saya membiarkan dia terseksa lebih baik saya lepaskannya,”
Hilmi berkata.
“Ayah tidak setuju, baik.. kalau begitu, aku nasihatkan, kau orang berpisah sementara,
tenangkan fikiran masing-masing, kemudian baru buat keputusan,” tegas ayahnya.
“Mi, kau gila? Kau nak lepaskan perempuan sebaik Salwa? Sudahlah Mi, cukuplah sekali kau
buat silap dahulu, jangan kau nak ulangi lagi, kau patut bersyukur kerana dikurniakan isteri
yang.. ya Allah, cukup sabar, kau ingat senang ker? Hampir setahun Mi, dia masih suci…
mana kau nak cari perempuan sesabar itu Mi? Kau sakit, siapa jaga kau Mi? Kau tengok
Syuhada, cukup manja dan sayang dengan Salwa tapi.. kau nak lepaskan dia macam tu, kau
betul-betul menolak tuah, kau fikir balik keputusan kau Mi, aku tak setuju sungguh, sungguh
tak setuju. Kau balik fikir balik, aku rasa Nura pun kecewa dengan kau, ibu sebaik Salwa kau
nak melepaskannya macam tu saja, kau lupa pesanan Salwa, fikirkan Hilmi, Nura sudah
pergi, kita yang hidup, mesti teruskan hidup kita selagi belum dijemputNya,” Zakri betul tidak
puas hati dengan keputusan Hilmi.“Entahlah Zek, aku belum bercerai lagi, cuma berpisah, aku tak taulah Zek, aku kesian dia,”
“Kalau begitu perlakukanlah dia seperti seorang isteri, bukan melepaskan dia, beginilah, kau
pergilah bercuti, tenangkan fikiran kau, buat solat Istiqarah, minta petunjuk, okey,” cadang
Zakri.
Hilmi buntu sekarang, tetapi cadangan Zakri diikuti, borang cuti sudah dihantar, dia akan pergi
ke pantai timur untuk bercuti. Dia perlukan penyelesaian. Petangnya dia mendapat tahu
cutinya sudah diluluskan, dia memandu ke tempat pertemuannya dengan Nura saban
Jumaat.
“Nura, abang buntu Nura, abang rinduka Nura, abang tidak mampu hadapi semua ini, tolong
abang Nura, apa perlu abang buat? Abang rindu sangat dengan Nura, Nura hadirlah walau
dalam mimpi, abang perlukan Nura sayang.” Air mata lelakinya tumpah jua.
Perjalanan ke Pulau Kapas, yang memakan masa yang panjang, cukup meletihkan Hilmi.
Selesai check in di chalet, dia terus merebahkan badan ke tilam empuk itu, bayu laut sungguh
menyegarkan. Hilmi sengaja memilih chalet yang betul-betul mengadap laut, dia mahu
tenangkan fikirkannya yang kusut itu. Akhirnya dia terlelap. “Astaghfirullah hal adzim…..,”
Hilmi mengucap panjang, dia bermimpi, dalam mimpinya Nura datang, tanpa sebarang suara,
tetapi riak mukanya cukup menggambarkan dia sedang berduka, dia kecewa, dia sedih, Hilmi
terfikir apakah kerana tindakannya berpisah dengan Salwa mengecewakan Nura. Akhirnya
dia bangun, dia menuju ke bilik air, jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi, dia mengambil
wudhuk, dan mula bersolat Istiqarah. Dia melakukan solat sunat itu dengan penuh kusyuk,
mintak petunjuk Allah, itulah jalan terakhirnya.
Sudah dua hari dia bercuti di sini, hatinya tetap sepi, terlalu sepi. Rindunya pada Nura tidak
terucap. Dia merenung ombak di laut, hatinya berdetik, dia merenung pantai di remang senja
itu, setianya kau pantai, walau dihempas ombak, kau tetap setia di situ. Selesai solat maghrib
malam itu, dia bersiap-siap hendak keluar, dia ingin keluar bersiar-siar dan mencuba ikan
bakar di gerai-gerai makan sekitar jeti. Dia menutup pintu bilik dan berpusing, tiba-tiba dia
dilanggar seseorang.
“Errr.. maafkan saya,” perempuan itu meminta maaf.
“Tak apa,”
Perempuan itu berlalu, Hilmi masih terpaku disitu, dia merenung perempuan itu. Akhirnya dia
menuruti perempuan itu. Tiba di depan kaunter dia menunggu sehingga selesai semua
urusan perempuan itu dikaunter. Dia bertekad dia mesti berkenalan dengan perempuan itu.
“Cik, maafkan saya, boleh kita bercakap sekejap,” pinta Hilmi.
“Yer, kenapa?” perempuan itu bertanya.
“Boleh kita minum, kita duduk di sana ok,” Hilmi mengajak.
Perempuan itu akur, mungkin nampak keikhlasan di hati Hilmi.
“Maafkan saya cik, nama saya Hilmi, cik?
“Panggil saja Lina, saya kerja di sini bang.”
“Ok, Lina, mungkin saya ni kira pangkat abang saja kot dengan Lina, untuk pengetahuan Lina,
muka Lina betul-betul sama seperti arwah isteri saya,” ujar Hilmi lembut.
“Iyer, kenapa isteri abang meninggal?”
Hilmi terus bercerita dari mula, sehinggalah kisah dia dan Salwa. Hampir gugur air matanya,
tidak tahu kenapa dia mampu menceritakan semua kepada gadis itu, mungkin bayangan
Nura ada di situ. Dia merasa sungguh lega, gadis itu setia mendengar, dan memberikan
pendapat, entah kenapa dia seakan terikut dengan apa yang gadis itu katakan, dia merasa
bersalah kepada Salwa. Dia terpaku mendengar pandangan Lina, yang dirasakan seolah-olah
Nura yang berbicara dengannya. Apakah ini petunjuk Allah, selepas solat Istiqarahnya.
Akhirnya mereka berpisah. Hilmi berjanji pada Lina dia tidak akan mempersiakan Salwa. Hilmi
balik ke bilik dengan hati yang lapang.
Malam itu dia bermimpi, dia bermimpi berada di kawasan yang sungguh lapang, di situ cuma
ada mereka bertiga, dia, Syuhadah dan Salwa, mereka kelihatan sungguh gembira. Keesokan
harinya dia merasa sungguh gembira. Keputusan telah dibuat, dia tidak sabar untuk kembali.
Sebelum bertolak pulang dia membeli sekeping kad ucapan terima kasih untuk Lina, dan dia
menyerahkan kepada pekerja kaunter, supaya menyerahkan kepada Lina, alangkah
terperanjatnya apabila diberitahu tiada pekerja bernama Lina di situ. Hilmi menunukkan
gambar Nura yang di dalam simpanannya, pekerja itu tetap menafikannya. Hilmi hairan,
masakan Lina berbohong, dia bingung.

1 comment:

Anonymous said...

wah...best3..
sambung cepat2 yek..hehe
actually, cite ni ko wat sendiri ek?