Sunday, November 23, 2008



"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia
tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih
suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti di situ.
"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" celah Zikri.
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak
akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadangkadang
perasaan aku bertukar sebaliknya," terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkah Zikri.
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan
berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak
mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan
bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi
perbalahan " Jelas Hilmi.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?" kata Zikri tidak berpuas hati dan
menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri
dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah
bising, mereka suruh aku kahwin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak
sanggup," ujar Hilmi.
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalanjalan,
membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau
menjenguk orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir lima bulan mereka tidak menjenguk
mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak
punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua
mertuanya.
Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah
tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu
dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup
banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang
ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke
kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.
Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan
hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya, kasihnya kepada
Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang
istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh...
tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh! Rindunya Nura pada abang.
"So you dah tahu I dah kahwin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah
kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa
mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya,
malah kadang teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus
terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

2 comments:

Lavender Pelangi said...

waa..sdeynye..huhu..cian kt nura..huhu..

phill said...

agak la.. kami pun sdey gak..