Tuesday, November 25, 2008

Rinduku Pada Nura.....



Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa
Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia
menelefon ke pejabat. Dan telefon
itu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya
Zikri.
"Eh... tak bolehlah... aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,
berdosa tau," tolak Nura.
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa
konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.
"Eh, kenapa pucat semacam ni?" tegur Mak Siti.
Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik".
Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia
lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba
salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku
harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan
aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang
musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah
tangga korang." terang Zikri.
Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan
penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi,
sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.
Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa
ini Nura bertekad untuk bertanya.
"Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan
lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang
tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang
inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan
Nura." janji Hilmi.
Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala
perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.
Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri,
dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan.
Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat," terang doktor pada Hilmi.
"Dua-dua apa maksud doktor?" tanya Hilmi.
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya
tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi
kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan
bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah, Nura mengandung, Ya Allah, berdosanya aku pada Nura," kesal Hilmi. Malu
rasanya untuk menatap muka Nura.
"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?" kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan
berkahwin, Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang
malu." Jelas Nura.
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan
sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak
teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." Janji Hilmi.
Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu membuatkan Nura risau dan akhirnya
pitam di halaman rumah. Mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur
jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.

No comments: