Tuesday, January 20, 2009

Rinduku Pada Nura.....



Hilmi memberhentikan kereta di depan rumah. Dia malu, tetapi demi Salwa dia perlu jugak ke
sana. Dia memberi salam. Disambut bapa mertuanya, dia dijemput masuk. Dia sungguh
kagum, sedikit pun tidak ada kemarahan dalam dirinya, meskipun apa yang telah berlaku
antara dia dan Salwa. Bapa mertuanya memanggil Salwa, dan bapa mertua minta diri untuk
ke rumah kenduri katanya, menyusul emaknya yang sudah pergi beberapa minit yang lepas.
Salwa turun dan segera menemui Hilmi. Masing-masing diam. Hilmi tersenyum.
“Hai.. tak nak cium tangan abang macam selalu,” tanya Hilmi. Salwa terperanjat. Segera dia
mendapatkan Hilmi, tangan dihulur, disambut Hilmi, lalu dikucup Salwa. Salwa ingin menarik
kembali tangannya, tapi, tidak dilepaskan Hilmi, sebuah kucupan manja hinggap di kening
Salwa. Salwa tergamam.
“Maafkan abang Salwa, abang tidak nampak permata di depan mata, maafkan abang,
sudikah Salwa terus menerima abang sebagai suami,” Hilmi bertanya.
Salwa tersenyum penuh makna dan berlalu ke dapur menyediakan minuman untuk suami
tersayang. Hilmi tersenyum. Adik-adik Salwa tiba-tiba muncul, riuh rendah rumah itu.
Sementara menunggu mak ayah Salwa balik, Hilmi bersolat dahulu. Selepas makan malam,
dia meminta izin untuk membawa pulang Salwa.
“Apa pula minta izin, bukankah dia isteri kamu,” ujar ayahnya.
Di dalam kereta Hilmi meluahkan dia kagum dengan mak ayah Salwa yang sunguh tenang
seolah-olah tidak apa apa-apa berlaku antara mereka. Alangkah terkejutnya Hilmi bila Salwa
menceritakan yang dia tidak cerita apa-apa tentang mereka pada keluarganya, dia memberi
alasan bahawa Hilmi kerja luar daerah. Katanya hatinya yakin Hilmi akan kembali, terlalu
banyak petunjuk Allah mengatakan Hilmi adalah jodohnya, bila setiap malam dia bersolat
Istiqarah, sejak sebelum mereka bernikah lagi. Hilmi tersenyum, memegang erat tangan
Salwa.
Sampai di rumah, mak Hilmi merupakan orang yang paling gembira bila melihat Hilmi kembali
ke rumah bersama Salwa, dan melihat Hilmi dan Salwa lebih mesra dari dulu. Dia menadah
tangan mengucap syukur. Syuhadah berlari-lari memeluk Salwa. Sudah seminggu dia demam
kata Mak Zaharah. Selesai makan malam mereka sekeluarga menonton tv bersama.
Syuhadah sudah lama terlelap. Akhirnya Hilmi menyuruh Salwa mengangkat Syuhadah ke
atas.
Di dalam bilik, Syuhadah terjaga dan merengek kerana terjaga, Salwa menepuk-nepuk badan
comel itu dan dia terlelap semula. Hilmi kemudiannya masuk ke bilik jua. Dia mengalihkan
Syuhadah ke atas katil bayi. Dan dia menutup lampu dan berlabuh sebelah Salwa. Tangan
Salwa dibelai lembut, lalu dikucup. Salwa pula berdebar kencang. Hilmi terus membaringkan
Salwa. Malam terus berlalu dengan bahagia.
“Abang bangun bang, solat subuh, “ Salwa mengejutkan Hilmi yang masih lena.
“Salwa dah mandi? Tak sejuk ke mandi lama-lama pagi-pagi,” usik Hilmi. Satu cubitan manja
singgan di lengan Hilmi. “Tunggu abang mandi, kita solat sama-sama, mulai hari ni, abang
imam kepada Salwa ok?”
Salwa terasa amat bahagia. Syukur kepada Ilahi kerana doanya dimakbulkan. Selesai
bersolat, mereka bersama-sama ke bawah bersarapan. Melihat mereka bersama begitu, hati
ibu mana tidak gembira. Mereka makan bersama, sebelum Hilmi ke pejabat semula. Hilmi
sudah pandai mengusik Salwa, dan Salwa sudah pandai mencubit manja lengan si suami.
Di pejabat Hilmi kelihatan sungguh ceria sekali, berkali-kali dia mengucapkan terima kasih
kepada Zakri. Dia merasa bersyukur kerana membuka hatinya untuk Salwa. Dia juga
menceritakan peristiwa misteri mengenai Lina. Dia betul-betul pelik hingga sekarang.
“Hai… tak lama lagi Syuhadah tu boleh adik ler kot,” usik Zakri
“Huhh… Insya-Allah, silap-silap kembar lagi, ha.. ha…,” Hilmi menambah.
Mereka menyambung kembali kerja mereka, Hilmi begitu ceria. Zakri merasakan Hilmi sudah
mulai melupakan Nura sedikit demi sedikit. Dia kagum dengan kesabaran Salwa. Beruntung
Hilmi, dapat isteri sesetia dan sesabar Nura, kemudian bertemu jodoh dengan Ustazah
Salwa. Dia juga yang masih sendiri, dia masih mengharapkan semoga dia bertemu isteri
sesetia dan sesabar Nura dan Salwa.
Pelan bangunan baru itu sudah disiapkan. Hilmi sudah merasa lega, sudah lama tertangguh
plan itu, cuma sekarang dia hanya perlu berbincang dengan bosnya mengenai bangunan itu,
dan membuat beberapa perubahan mungkin. Telefon berdering, Hilmi menyambutnya.
“Assalamualaikum,” lembut suara di sana memberi salam.
“Waalaikumsalam, siapa ni?” tanya Hilmi.
“Abang, ni Wa ler.”
“Hah, Salwa kenapa? Rindu abang yer?” usik Hilmi.
“Ishh abang ni ke situ pulak, Syuhada bang, Syuhadah demam panas, risau Salwa, dia tak
mau makan minum, susu pun sikit saja dia minum, asyik meragam saja, kalau abang boleh
balik sekejap, kita bawak pergi klinik, ayah tak ada dia baru keluar ke Melaka, ikut Pak Haji
Samad pergi ziarah saudaranya meninggal,” terang Salwa.
“Ya Allah iya ker, ermm kalau macam tu, nanti masa lunch abang balik sekejap, Salwa siapsiapkan
apa yang patut,” Hilmi mula cemas. Sementara menantikan jam 12.00 tengahari, dia
gelisah. Tak tenteram perasaannya. Dia amat risaukan, kalau apa-apa berlaku, maklumlah,
itulah zuriat satu-satunya dia bersama Nura, dia sungguh sayangkan Syuhadah.
Jam 12.20 Hilmi sudah sampai di depan rumah, Salwa dah siapkan segala kelengkapan,
bekalan susu Syuhadah sudah siap dibancuh, kad klinik, tuala kecil sekiranya Syuhadah
muntah. Semuanya disiapkan, Hilmi merasa bangga dengan Salwa, cekap menguruskan
rumah tangga, meskipun dia masih muda.
“Encik, panas dia tinggi sangat, bahaya ni, dia perlu dirawat di sini, kita takut, panasnya
sampai ke kepala dan boleh menyebabkan sawan, kami akan berikan ubat ni, dimasukkan
melalui punggungnya, Insya-Allah biasanya panas badan akan kurang, sekiranya esok panas
dah turun, bolehlah dia balik,” doktot menerangkan.
Hilmi terdiam mendengar, dia risau sekali, dia takut apa-apa berlaku, Salwa
menenangkannya. Dia perlu kembali semula ke rumah, mengambil beberapa keperluan untuk
Salwa dan Syuhadah. Dia merasa terharu, sekali lagi Salwa akan menjaga anaknya yang
sakit. Dahulu menjaganya semasa kemalangan, kini dia menjaga Syuhadah seperti anaknya
sendiri. Hampir menitis matanya bila dia mengenangkan budi Salwa. Baru disedar Salwa
permata yang amat berharga. Tidak silap dia mengikut pilihan emaknya. Namun di saat-saat
begitu ingatannya tetap kuat pada Nura, sekiranya Nura masih ada pastinya Nura akan
menjaga Syuhadah dengan penuh kasih sayang. Lemah langkah kakinya mengenangkan
nasib Syuhadah yang sudah tidak bermaya di pangkuan Salwa.
Sudah dua hari Syuhadah dirawat di hospital, panasnya tidak jugak kurang, hatinya semakin
risau. Dia bimbang sekiranya apa-apa berlaku pada Syuhadah. Doktor yang merawat ada
menerangkan, bahaya kalau demam panas berlarutan, boleh menyebabkan sawan, boleh
menyebabkan pekak, boleh menyebabkan lumpuh dan mungkin boleh menyebabkan maut.
Dia hanya mampu bersolat hajat dan berdoa. Salwa jugak sering dilihat bersolat hajat,
membaca surah Yassin memohon semoga Syuhadah cepat sihat. Risau benar hatinya. Berat
badan berkurangan, kerana selera makannya langsung hilang, Syuhadah tidak selincah
dahulu.
Pagi tadi sekali lagi ubat dimasukkan ke dalam badan Syuhadah, ayahnya juga ada
mengambil air penawar dari Darul Syifa di Bangi. Dia berdoa semoga semua usaha mereka
akan berhasil. Dia takut kehilangan sekali lagi. Malam itu dia pulang ke rumah denagn hati
yang benar-benar kusut. Setiap panggilan telefon yang masuk, amat mendebarkan hatinya.
Dia takut kiranya panggilan yang membawa perkhabaran duka. Dia mengambil wudhuk,
bersolat hajat, dan membaca Yassin, tiba-tiba telefon berbunyi.
“Hello,”
“Abang, ni Salwa ni bang, abang tengah buat apa?,” tanya Salwa.
“Kenapa ni Wa,” Hilmi cemas, dia tidak menjawab pertanyaan Salwa.
“Saja Wa telefon, abang, Alhamdulillah Adah dah kurang panas, kali terakhir bacaan suhu
badannya dah kurang banyak, syukur bang, Wa ada tanya doktor, doktor kata kalau esok
petang bacaan terus turun, dia boleh keluar,” terang Salwa.
“Syukur, Alhamdulillah, lapang dada abang, syukur, Wa dah makan?” tanya Hilmi.
Mereka terus berbual, Hilmi terasa bahagia, menyesal kerana mengabaikan Salwa yang
begitu luhur budinya.

1 comment:

phill said...

khas utk ex-roomateku..
bukan la...
ni kawan kat m3k yg bg..
khas utk iqa ek..
rindu la kat iqa..
sonok time kite jd roomate dlu..
huhuhu