Sunday, June 28, 2009

Keluhan Subuh


Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku
menyambut kedatangan
seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih
sayang. Kutanya khabar
Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu
tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja
melintasi satu
tempat.

Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang
sunyi, tapi satupun
yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan
airmata Subuh pun
berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku
menyambutmu dengan penuh
rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah
teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya
disebalik sungai.
Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh
kesukaan, menjamuku
dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.
Hidangan yang paling
kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain,
tapi jarang kujumpa.
Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta
leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku
fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku
tidak dapat
menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku
ada Roti
Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan
punyanya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku
segelas Air Mata
Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh,
yang Mata Air
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau
Maksiat yang berpanjangan?
Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang
memuatkan Mata Air tersebut.
Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.
Dan aku berdetik
didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi
kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang
kusanjungi, dan kusuakan manisan
yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh
pun melirikkan sebuah
senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya
denganku? Aku
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau
dengan sebaiknya,wahai
Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku
tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang
memerlukan
kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana
aku menguliti
mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",..
seruku lagi bila melihat
Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku
lagi esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih
yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin
laju dengan setiap
langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,
Magrib dan Isyak?
Jawapannya... tersirat dalam diri.


Sunday, April 12, 2009


RENUNGKANLAH WAHAI WANITA


Tundukkan pandanganmu
sebagai penghias kedua matamu
Lakukan solat di malam hari
sebagai penghias dirimu dan ciumlah keharuman takwa
Oleskan lipstik kejujuran pada kedua bibirmu
pastikan lebih bersih dan cemerlang
Gunakan polesan pipimu dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu
yang diproduksi dari salon keimanan
Bedaklah wajahmu dengan air wudhu
agar selalu bersih dan halus di hari Qiamat
Rawatlah rambutmu dengan perawatan tudung
menangkis polusi dari mata harum yang mengandung virus dosa
Cucilah hatimu dengan alunan ayat-ayat Al-Quran
yang dapat menumbuhkan wibawa yang simpatik
tampilkan dengan langkah sopan yang penuh simpatik keyakinan,
maka akan kau temui keanggunan yang disegani.
Hiasilah tanganmu dengan gelang 'dermawan'
dan hiasilah jarimu dengan cincin persaudaraan
Kencangkanlah ikat pinggangmu dengan puasa
agar kelihatan langsing dan menawan
Tambatkanlah pakaianmu dengan taubat nasuha
agar tak terlunta-lunta di akhirat nanti..


p/s: ni kawan km yg bagi...entah nape ttibe rase nak letak kat sini plak...for my frenzzzzz,thanx for dis email ekkk....

Monday, March 30, 2009

Kebesaran surah Al-Ikhlas


Berkata Ibnu RA, Rasulullah SAW bercerita, "Ketika aku berisrak ke langit, aku telah melihat Arasy itu terletak di atas 360000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ialah 300000 tahun perjalanan.

Pada setiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12000 dan luasnya setiap satu padang adalah bermula dari timur ke barat. Di setiap padang itu pula terdapat 80000 malaikat yang mana mereka semuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Sabda Rasulullah SAW, "Setelah selesai mereka membaca surah tersebut lalu mereka berkata, "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas samada lelaki mahupun wanita.

Para sahabat yang mendengarnya merasa amat kagum. Rasulullah bersabda lagi, "Demi Allah yang jiwa aku ditanganNya, sesungguhnya "Qul Huwallahu Ahad" itu telah tertulis di sayap Jibrail AS. "Allah Hussomad" telah tertulis di sayap Mikail AS. "Lam Yalid Walam Yulad" tertulis di sayap Izrail AS. "Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad" tertulis di sayap Israfil AS.

Oleh itu, barang siapa dari umatku membaca surah Al-Ikhlas maka dia akan diberi pahala sama seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran yang Agung."

Tuesday, February 24, 2009

Rukun Islam


Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh hidup kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.


Mengucap dua kalimah syahadah
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya" Dengan Syahadatain, kita akan mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruhNya.


Solat lima waktu sehari semalam
Dengan sembahyang, kita akan mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.


Mengeluarkan zakat
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.


Berpuasa di bulan Ramadhan
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya , secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.


Mengerjakan Haji di Baitullah
Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Saturday, February 21, 2009

BILA DIRI DITIMPA PERASAAN LEMAH SEMANGAT …



Firman Allah S.W.T :
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNYA dengan tersusun seolah-olah mereka satu binaan yang tersusun kukuh”. (Al-Soff:4)

Sesungguhnya untuk memastikan amal jama’e (melaksanakan satu perkara yang telah diputuskan oleh jemaah yang beriltizam selaras dengan manhaj yang telah ditentukan bertujuan mencapai matlamat menegakkan agama ALLAH di muka bumi) berjalan secara berterusan dan berkekalan amat bergantung kepada keutuhan jemaah,kesepaduan yang teguh tanpa sebarang keretakan dan perpecahan dan juga berkekalannya semangat juang anggotanya ke tahap yang paling tinggi dan kuat.

Apa yang ingin di ‘highlightkan’ di sini,apabila ahli ditimpa perasaan lemah semangat,lembap,bosan,lesu dan malas (future),maka prestasi ‘amal jamaie’ akan turut lemah dan merosot.Ini kerana kekuatan amal jamaie’ terletak di atas bahu kita sendiri sebagai daie’.

Penawar untuk mengubati penyakit tersebut:

Menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan,bersujud,menghidupkan roh keimanan dan memohon agar ditetapkan dalam perjuangan dakwah.
Sentiasa mengingati mati dan berfikir mengenainya.Jadikan pemergian sahabat-sahabat yang telah ke alam barzakh,sebagai satu anjakan untuk memperbaiki amal dan gerak kerja Islam yang kita dokongi.Ambil teladan dan pengajaran disebalik kisah kehidupan sahabat-sahabat tersebut sama ada yang indah atau mengharukan sepanjang hari-hari terakhirnya di dunia di samping mengharapkan kita juga mendapat husnul khatimah.
Sentiasa bersyukur kepada Allah ditakdirkan menjadi insan yang faham kepada gerakan Islam di samping meningkatkan tarbiah diri dan mentarbiah orang lain terutamanya masyarakat tanpa memikirkan sama ada sentimen perkauman,budaya,ahli jemaah lain,politik atau sebagainya.
 Hendaklah menyedari betapa bahayanya godaan dan hasutan syaitan.Ia sentiasa mencari peluang mencemari hati-hati yang kosong dari roh keimanan sebenar agar bertindak bercanggah dengan dakwah,tidak bergerak dan berjuang untuk Islam dan menimbulkan kekecohan dalam jemaah.
 Meningkatkan amal ketakwaan dan makanan rohani seperti solat sunat,bersedekah,bergaul dengan orang-orang soleh atau menziarahi ahli-ahli yang teguh pendirian,komited dan aktif.Pergaulan sedemikian akan menjadikannya aktif semula dan merasa ringan terhadap segala bebanan.
Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri dengan menyertai seminar,ceramah,usrah,perbincangan dengan ahli ilmuan mahupun dalam bentuk pembacaan sebagai persediaan berdakwah kepada masyarakat.
Meluaskan bentuk pembacaan kepada pelbagai bentuk bahan bacaan sama ada bahan-bacaan berbentuk haraki,isu semasa,permasalahan masyarakat,sejarah tokoh-tokoh dunia dan sebagainya dan berlapang dada dengan setiap hujah-hujah,isi kandungan bahan tersebut disamping cuba membuat penganalisaan atas hasil pembacaan yang telah dibuat.

Kepada Allah kita memohon agar diberi taufiq dan hidayah ke arah keredhaan dan ditetapkan dalam perjuangan dakwah secara berjemaah dan dengan mengamalkan konsep amal jamaie’

Friday, February 20, 2009

Al-Quran sebagai pembela di hari Akhirat..


Abu Umamah R.A berkata:
"Rasulullah SAW telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah SAW memberitahu tentang kelebihan Al-Quran"
Telah bersabda Rasulullah:
"Belajarlah kamu akan Al-Quran. Di Akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya".
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia akan berkata, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membacanya akan menjawab: "Siapakah kamu?"
Maka Al-Quran berkata:
"Akulah yang kamu cintai dan sanjungi, dan kamu juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari".
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran : "Adakah kamu Al-Quran?" lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah SWT. Lalu, orang itu diberikan kerajaan di tangan kanannya dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ibu dan bapanya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya berkata,"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"lalu dijawab," Kamu diberikan ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran,"

Sunday, February 15, 2009

Rinduku pada Nura...



Sejak Syuhadah keluar hospital dua minggu yang lepas, selera makannya bertambah, berat
badan dia kembali naik, dia juga amat-amat manja dengan Salwa. Hilmi juga sudah betul-
betul menjadi suami yang betul-betul bertanggung jawab. Salwa bahagia. Sudah sebulan lebih
Salwa merasa nikmatnya menjadi seorang isteri yang disayangi suami.
“Kenapa ni Salwa, pucat saja,” tanya Mak Zaharah.
“Entalah mak, perut saya ni sakit sangat mak, sakit betul, sakit sampai ke pinggang rasanya.”
“Hai… agaknya kamu ni berisi tak? Kamu mengandung ker?,” tanya Mak Zaharah.
“Entahlah mak, nak kata mengandung, saya ada datang kotor.”
“Memang ler, ada setengah orang, mengandung, tapi uzur tu ada juga, tidak sama Salwa,”
terang Mak Zaharah.
“Nanti kalau Hilmi balik, kamu ajaklah dia pergi klinik, kalau betul kamu mengandung,
Alhamdulillah, kalau tidak pergi buat check up, kenapa kamu selalu sakit perut,” nasihat Mak
Zaharah, Salwa hanya mengangguk.
“Sudahlah kamu pergilah baring, jangan makan apa-apa ubat, takut kalau kamu
mengandung, tidurlah, biar mak saja jaga Adah ni,” Salwa akur, dan naik ke bilik lalu
berbaring, dia juga berdebar-bedar, kenapalah dia begitu, dia selalu saja kepenatan. Dia
merasa risau dan takut tiba-tiba.
“Salwa, kenapa ni,?” Hilmi bertanya lembut.
“Eh abang dah balik, maaf Wa tak sedar, dah pukul berapa ni?”
“Pukul 6.00, kenapa,?” Hilmi bertanya.
“Wa belum solat lagi bang,” bingkas dia bangun, tetapi akhirnya dia rebah semula, kepala
terasa berat, perutnya semakin sakit, badannya juga sedikit panas.
“Ya, Allah kenapa ni Wa, jangan buat abang risau, Ya Allah baru habis sakit Syuhadah, kini
diuji pula dengan sakit Salwa,” dia merasa amat cemas.
“Biar abang bantu ke bilik air, kamu solat sambil duduk sajalah, nanti rebah pulak,”
Hilmi duduk di birai katil menanti Salwa selesai solat, bimbang kalau-kalau Salwa rebah lagi.
Selesai Salwa berdoa, segera dia mengarahkan Salwa bersiap-siap, dia akan membawa
Salwa ke klinik, risau benar hatinya.
“Tahniah puan, positif, nampak dua jalur merah ni? Kalau ada satu jalur, makna negatif, tidak
mengandung, tapi ini dua jalur, maknanya positif, tahniah!” ujar doktor. Salwa tersenyum,
Hilmi di sebelah sudah hilang malu, terus dikucup tangan lembut Salwa, gembira bukan
kepalang.
“Jangan banyak buat kerja-kerja lasak masa peringkat awal kehamilan, dalam perubatan kita
panggil semester pertama kehamilan, janin baru seketul daging, belum terbentuk menjadi
janin yang sempurna, Insya-Allah usia janin baru 6 minggu, means baru nak masuk 2 bulan,
biasanya dalam masa 3 minggu pertama bulan kedua, kesemua organ dan struktur badan
terbentuk. Pada masa ini para ibu akan mula merasa mual. Gusi dan jari juga mula terbentuk.
Organ-organ yang telah terbentuk ini akan terus membesar. Jantung bayi mula berdegup
dengan stabil, dan tulang rangka semakin mengeras, sebab itulah puan kadang-kadang
merasa sakit sekitar perut hingga ke pundi kencing, biasalah ini anak pertama, pertama kali
mengandung, jadi rahim tu baru pertama kali hendak mengembang, memang sakit sikit,”
doktor menerangkan panjang lebar.
“Oooo, begitu, patutlah saya selalu sangat sakit perut, dan terasa hendak buang air, biasanya
berapa bulan janin terbentuk lengkap,?” tanya Salwa
“Ok, biasanya, pada bulan ke empat, Ibu akan mula merasakan pergerakan janin di dalam
kandungan. Ultrasound boleh dijalankan bagi melihat janin di dalam kandungan. Ibu boleh
melihat kepala, tangan dan jari bayi serta tulang belakang dan jantung janin. Dengan
kemudahan ultrasound umur janin boleh ditentukan dengan mengukur saiz janin (dari kepala
hingga punggung janin). Setiap pembentukan janin dapat dilihat melalui ultrasound. Masa ini
roh telah ditiupkan ke dalam janin itu, puan boleh berkomunkasi dengan baby, jadikan ia satu
aktiviti yang menyeronokkan untuk puan dan suami. Untuk puan, saya akan lakukan
ultrasound minggu depan, ini hanya untuk memastikan kedudukan janin, terletak di dalam
rahim, baiklah nanti saya akan bekalkan awak dengan brosur tentang kehamilan, ok… saya
akan bagi ubat tahan muntah, vitamin dan juga awak banyakkan minum susu, supaya anak
dan ibu lebih sihat, kalau ada apa-apa masalah cepat-cepat datang ke klinik, ok?” kata doktor.
Mereka berdua beredar dengan perasaan yang sungguh-sungguh gembira. Hilmi gembira
kerana dia orang pertama tahu Salwa mengandung, tidak seperti masa Nura mengandung,
dia hanya tahu bila Nura jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Dia berjanji tidak akan
mengulangi kesilapan yang sama. Kini Hilmi menghitung hari untuk melihat zuriat keduanya,
setiap malam dia mengusap perut Salwa, bahagia dirasakan. Salwa juga tidak sabar. Namum
tidak seperti Nura, Salwa alah teruk. Mabuk mengandungnya menjadi-jadi. Badan sentiasa
lemah, setiap pagi pasti muntah, makan sikit muntah, hidungnya menjadi sungguh sensitif,
tercium bau tumisan bawang pun cukup membuatkan dia memuntahkan segala isi perutnya.
Hilmi juga terpaksa bersabar, adakalanya disuruhnya Hilmi tidur di bawah kerana katanya
badan Hilmi berbau. Biasanya terpaksalah Hilmi mandi sebelum tidur, siap berbedak. Tetapi
Hilmi tidak kisah memikirkan kerenah ibu mengandung.
Salwa membawa perut yang makin sarat, Syuhadah pun seolah mengerti yang Umminya
tidak larat, jadi dia kurang meragam dan pandai membawa diri, bermain sendiri, langsung
tidak menyusahkan Umminya. Salwa dapat merasakan Syuhadah memang seorang anak
yang baik.
“Assalamualaikum…,” Hilmi menyapa.
“Waalaikumsalam,” jawab Salwa, menghulurkan tangan untuk mencium tangan Hilmi, diikuti
dengan Syuhadah, mungkin biasa melihat Umminya sentiasa bersalam dengan papanya, dia
pun turut bersalam.
“Macam mana hari ni? Sihat?”
“Bolehlah bang, lenguh pinggang saja, maklumlah baby abang ni dah nakal bergerak, tak larat
saya, abang jangan lupa esok check up saya, abang dah ambil cuti?” tanya Salwa.
“Alllahhh, terlupa pulak, alamak macam mana ni? Salwa suruhlah ayah hantar ker, atau
Salwa naik teksi?”
“Sampai hati abang, siapalah saya kan bang,” kata Salwa dan berlalu pergi. Hilmi tersenyum,
ermm ragam orang mengandung, sensitif sungguh.
Di dalam bilik, Salwa menangis teresak-esak, sedih bila Hilmi sengaja melupakan tarikh esok,
berkali-kali diingatkan Hilmi, tapi lupa juga akhirnya dia. Dia merasa sungguh sedih.
“Hai menangis pulak sayang abang ni,” tegur Hilmi sebaik saja, menyelak pintu bilik. Salwa
memalingkan muka. “ishh Wa ni, buat malu kat anak kat dalam perut tu saja, dah besar-besar
menangis, baby tengok Ummi nangis,” usik Hilmi sambil memegang perut Salwa. “Abang dah
ambil cuti dah, dah lulus pun, minggu lepas lagi abang dah apply, senyum sikit,” usik Hilmi.
“Betul ni? Abang ni saja tau.” Satu cubitan manja hinggap di lengan Hilmi. Hilmi menangkap
tangan itu dan dibawa ke mulut lalu dikucup manja. Bahagia dirasakan. Masakan dia akan
membiarkan Salwa, cukuplah sekali silapnya dengan Nura dahulu, takkan diulangi.
Salwa menanti giliran dengan penuh sabar, tak ramai sangat orang di klinik, tetapi dia gelisah,
rasa tidak selesa, pinggangnya makin lenguh, perut asyik terasa lapar sahaja. Hilmi di
sebelah leka membaca surat khabar. Dia merasa lega apabila namanya dipanggil.
“Apa khabar puan?,” tanya doktor.
“Baik, letih ler doktor, lenguh pinggang, lenguh kaki, tak larat saya,” Salwa bercerita.
“Mestilah, dah dekat nak bersalin memang macam tu, sabar jerlah, bukan senang nak jadi ibu
kan? Ok hari ni saya akan scan, mungkin scan yang terakhir kot, ok, boleh baring sana,”
doktor memberi arahan.
Hilmi membantu Salwa naik ke atas katil yang agak tinggi itu, susah payah dia mengendong
perut naik ke katil, Hilmi suka melihat ujian ultrasound dilakukan, dia gembira melihat
kedudukan janin di dalam rahim yang bergerak-gerak, dalam melihat denyutan jantung bayi,
betapa besarnya kuasa Allah. Pertama kali dia melihat janin di dalam rahim ialah bila pertama
kali dilakukan ujian ultrasound semasa usia kandungan Salwa hendak memasuki bulan ke 3,
hampir menitis air matanya melihat kedudukan bayi yang bergerak-gerak di dalam perut, kini
dia dapat melihat dengan jelas setiap pergerakan bayi yang di dalam perut Salwa. Dia merasa
sungguh bahagia, tidak sabar bertemu dengan orang baru, tambahan pula, kali terakhir di
scan dia mendapat tahu bayi itu anak lelaki, kini dia akan punyai sepasang anak.
“Ok, puan, mengikut ukuran bayi, usia kandung sudah 38 minggu, bayi dalam keadaan sihat,
jantung normal, tumberasan bayi juga baik, bagus, tidak ada masalah,” doktor menerangkan.
“Insya-Allah bayi bersedia untuk dilahirkan bila-bila masa sahaja, puan boleh banyak bergerak
pada masa ini untuk memudahkan proses kelahiran,” doktor menambah.
“Doktor kata bila-bila masa?” tanya Salwa.
“Iya, saya menjangkakan minggu depan, tapi tidak mustahil sebelum itu, bersedia sahajalah.”
Mereka kembali semula ke rumah selesai semua urusan. Hilmi berjanji akan membawa
Salwa dan Syuhadah keluar membeli belah petang nanti, masih ada yang perlu dibeli bagi
menanti kehadiran orang baru.
Salwa merasa sungguh tidak berdaya, dia dapat merasakan gerakan bayi semakin kuat,
boleh dikatakan setiap lima belas dia merasa pundi kencing bagai ditekan-tekan, sesekali
terasa seperti hendak membuang air besar. Dia tahu saat untuk dia melahirkan bayi ini makin
hampir. Hilmi masih lagi di pejabat. Dia masih lagi berbaring di atas katil, lenguh berbaring dia
bangun berjalan. Nanum, tekanan bayi makin kuat, terasa seperti hendak luruh segala isi
perutnya. Akhirnya dia memanggil mak mertuanya, dan sepantas kilat Mak Zaharah
menghubungi Hilmi.
Hilmi sampai 20 minit selepas itu, segera dia meluru ke atas, bersusah payah dia memapah
Salwa turun ke bawah, menuju ke kereta. Mak Zaharah pula kelam kabut mencari tudung,
dan mnghubungi keluarga besannya. Mereka semua bergegas ke hospital.
Salwa sudah tidak tertahan sakitnya, Mak Zaharah tidak berhenti-henti menyuruh Salwa
berzikir, berselawat. Sampai di hospital, segera Hilmi mendaftar, menyerahkan rekod
perubatan Salwa, dan dengan segera, jururawat menyorong Salwa ke bilik bersalin, diiringi
Hilmi. Hilmi sungguh cemas, keadaan makin cemas bila melihat banyak darah yang keluar.
Salwa mengalami tumpah darah. Hilmi cemas, dia terkenangkan begitulah nasib Nura dua
tahun yang lepas. Dia berdoa janganlah sesuatu yang buruk berlaku, dia risau sekali. Dia
sungguh takut keadaan yang sama akan berulang. Nura meninggal kerana kehilangan terlalu
banyak darah. Kini Salwa menghadapi situasi yang sama. Dadanya berdegup kencang, ngeri
dan cemas melihatkan darah yang turun sungguh laju.